Sunday, 2 June 2013

Kecacatan Bayi Akibat Kekurangan Asid Folik

Biasa dengar asid folik? Ala pil yang kecil tu biasa doktor akan bekalkan bila ibu mengandung buat checkup dekat hospital. Mungkin ada yang tidak mengetahui atau kurang peka apakah kepentingan asid folik ini. Kecil-kecil cilipadi, tiadanya maka risiko untuk bayi mendapat kecacatan adalah tinggi.

asid folik shaklee



Apakah Itu Asid Folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau seperti bayam, asparagus dan brokoli.

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. 


Sebenarnyaa pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan sebelum kita merancang untuk mengandung. Dan diteruskan lagi sehingga habis trimester pertama. 

Kenapa Asid Folik Sangat Penting?

Kecacatan tiub neural adalah sangat berkait rapat dengan kekurangan asid folik. Memang ngeri kan jika benda yang boleh dicegah tapi jika ibu mengabaikan pengambilan vitamin, risikonya adalah pada anak. 

Ibu yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi yang dikandung mengalami kecacatan tiub neural berbanding mereka yang mengambilnya. 

"Vitamin B12 is essential for the functioning of the nervous system and for the production of red blood cells," says Duane Alexander, MD, director of the National Institute of Child Health and Human Development, which funded the study. "The results of this study suggest that women with low levels of B12 not only may risk health problems of their own, but also may increase the chance that their children may be born with a serious birth defect."

Takutkan? Kecacatan ini dipanggil "spina bifida" yang mana boleh menyebabkan bayi lumpuh ataupun anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.




Jadi ibu-ibu mengandung atau bakal ibu jangan ambil mudah bekalan asid folik anda ye. Cegah ianya sebelum terjadi.

credit