Tuesday, 3 November 2015

Resipi Coconut Mealshake Terbaik Dari Dapur Ibu Manis

Assalamualaikum Dan salam sejahtera,

Cara cara nak buat air coconut Shake ni sebenarnya sangat mudah tapi sebab susah nak dapatkan kelapa muda kat kawasan sini Dan semua nak cepat maka cara mudahnya ialah beli aje kat kedai.

Tetapi,masalahnya pula kadang tu coconut Shake tak kena dengan tekak kita,itu yang susah.Saya sebenarnya bukan di katogerikan Cerewet orangnya..Tak kisah beli kat mana mana,asalkan sedap diminum.Susah 3 Kali beli coconut Shake yang keras kelapanya,airnya tawar,tiada rasa aiskrim langsung pun ada.Aduiii memang mengecewakan.

Semalaman Anak sulong Afiq saya kena chicken pop..Doktor cakap kena minum air kelapa muda original tanpa air gula Dan ais untuk bagi chicken pop tu cepat keluar..Jadi,apalagi terus pergi cari kelapa kat gerai sini.Afiq minum segelas je pun,lebihnya tu saya buat coconut Shake.

Oleh kerana kempunan nak minum air coconut Shake yang sedap,maka saya buatlah ikut sedap tekak saya.Yang penting special tau..hihi


cara buat coconut Mealshake Aiskrim Vanilla :


1-1 biji kelapa muda

2- ice cream Vanilla (banyak mana tu ikut suka ye )

3- susu pekat

4-susu cair

5- Ais

6-Mealshakes ( ini yang jadikan special sebab rasanya sangat sedap )

Coconut Shake in progress !!

Semuanya secukup rasa atau sesedap Hati..Oppsss sebelum terlupa,walau apa pun yang kita buat/masak JANGAN lupa berselawat dulu ye..

Cara caranya :

Blend sahaja semuanya dalam blender sampai lembut.



Tadaaa..dah siap untuk di minum


Alhamdulillah..memang sangat kena dengan tekak saya..Sedap Manis Manis Kepala Muda Lemak Berkrim,rasa Dan bau Vanillanya yang enak memang tidak akan mengecewakan Anda yang Mencuba !!

Selamat Mencuba..
posted from Bloggeroid

Tuesday, 13 October 2015

Jom Kenal Jenis Lemak Dalam Badan Anda.Ingat Lemak Jahat Ada Juga Tau!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Hari ini saya dapat ilmu baru dari mentor Bisnes saya mengenai lemak-lemak dalam badan kita.Lemak inilah punca yang menyebabkan badan kita gemuk dan boleh jatuh sakit.

Biasa kita dengar pasal jenis-jenis gemukkan.Ada gemuk air,gemuk angin,gemuk isi.Kali ni saya nk kongsikan mengenai lemak biasa dan lemak bahaya.Ada dua jenis lemak sebenarnya iaitu Visceral Fat ( lemak bahaya ) dan Subcotineous Fat ( lemak biasa )




VISCERAL FAT


Jenis lemak ini agak bahaya kerana boleh menyebabkan stroke atau serangan jantung.Namelak atau nak buang lemak ni kena buat senaman kardiovaskular contohnya boleh jogging dan angkat berat. Jika lemak semakin banyak dalam badan,lama-lama saluran darah sempit, tak boleh nak jalan laju dan boleh kena heart attact atau stroke

Kaum lelaki boleh dapat lebih visceral fat berbanding wanita.Jadi silalah berjaga-jaga wahai kaum adam ye,jaga pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat.


SUBCOTINEOUS FAT


Untuk lemak jenis ini berbeza pula sebab yang ini lemak yang ada bawah permukaan kulit.Lemak ini lebih senang sikit untuk dibuang berbanding visceral fat ia boleh ubah fizikal kita contoh boleh nampak gemuk.



Cuba anda pegang kawasan perut ada tak lemak lebihan,boleh rasa tak sekarang?Haa..agak-agak berapa inci tebal lemak anda tu ye. Kalu nak tahu itulah subcutaneous fat.

Apabila banyak lemak sebegini lama-lama metabolisma akan jadi makin menurun.Walaupun kita makan hanya sedikit tapi berat badan cepat je akan naik.

Jadi,cara untuk mengawal kedua-dua jenis lemak ini senang je.Saya ada cara penyelesaiannya.Yang pasti ianya sangat natural tanpa sebarang bahan kimia..tanpa merkuri tanpa ubat ubatan haram..Anda hanya perlu amalkan beberapa supplement penting untuk mengawal lemak ni.



•Omega Guard


•mampu merendahkan kolesterol yang ada dalam salur darah.Ia juga boleh merendahkan tekanan darah.Bagi yang ada masalah darah rendah jangan ambik berlebihan ye hanya 3 biji sehari.

•DTX complex


Sangat bagus untuk visceral fat sebab ia buang semua toksin melalui hati.Yang ni WAJIB kena makan jika visceral fatnya tinggi.Jika badan ada jenis susah sangat nak kurus,dtx complex ni wajib kena makan!

•Lecithin


Fungsi lecithin ialah untuk pecahkan lemak-lemak menjadi pecahan kecil untuk dibuang keluar melalui badan.Ia sesuai untuk subcutaneous fat iaitu lemak baru di permukaan kulit

•Cinch Shake


Ia adalah sumber protein yang wajib diambil untuk tingkatkn metabolisma.Jika kurang protein badan juga akan cepat naik.Siapa yang cukup protein dia makan banyak mana pun badan tak akan naik sebab ia boleh rangsang pembakaran kalori dengan lebih effective.

Sebab itulah protein sangat penting untuk mereka yang nak kurus.Ada juga orang mungkin eratbadan jadi naik sedikit bila ambik protein pada permulaannya.

Anda jangan risau kerana protein sedang membina otot anda.Ia akan ambil masa yang tidak lama untuk stabilkan berat badan anda.Jangan takut untuk teruskan ambil protein ye.Nanti berat badan akan turun kembali ke tahap normal.

Okeylah,untuk yang ada masalah lemak dalam badan, itulah penyelesaian yang wajib kita ambik.

Selamat Mencuba ye.

Jika berminat nak dapatkan Set Lemak ni.boleh hubungi saya Ibu Manis anda ditalian 017-3954394 ( Whatsapp@Telegram )
posted from Bloggeroid

Thursday, 8 October 2015

Resipi Roti Arab Goreng yang Sangat Gebu dan Lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak share resipi Roti Arab ni tapi memanjang je lupa..dalam list nak update entri banyak sangat hihii.Petang tadi saya buat lagi roti ni memandangkan kuah kari tulang saya masih banyak.

Okeylah,dipendekkan ceritalah ye, saya ni kira penggemar roti jugakla..terutama roti yang panas-panas,memang nikmat sungguh kalau dapat makan..Tapi kalau beli dekat kedai mana nak jumpa yang panas kan,kecuali kedai bakeri yang baru masak haaa itu kalau saya nampak memang takkan lepas peluanglah..terus beli.

Saya ingatkan susah sangat nak buat roti ni,rupa-rupanya senang je.Sambil dukung baby boleh buat tau.Yang penting buat makanan ni anak anak pun suka.Zaman sekarang kita google je,banyak sebenar resipi nak buat roti ni.Tapi saya tertarik dengan roti arab goreng ni.Sangat mudah nak buat dan bahan-bahan pun senang je.Maaf saya tak dapat nak ingat dari blog mana resipi yang saya ambik ni..mohon halalkan ye.

Nak kongsi cerita sedikit ye,saya suka kalau tetamu datang kat rumah..tapi selalu je pening kepala duk fikir nak masak apa ye nak masak apa ye..Tapi sekarang kalau tetamu bagitau awal awal nak datang rumah,saya terus bancuh adunan roti ni..perap sejam lebih gitu dah boleh digoreng.Di makan pulak dengan kuah kari atau sambal bilis.Fuhh..memang marvelouslah.

Resipi Roti Arab Goreng..ada yang panggil roti puri kan..Mana mana je la ye,janji sedap dan mudah.. betul tak.




BAHAN-BAHANNYA:


2 1/2 cawan tepung gandum (250 gm)

1 sudu teh yis mauripan

1 sudu besar gula

1 sudu besar mentega

1 sudu besar minyak ( guna minyak zaitun)

125 ml air suam (1/4 botol kecil air mineral)

secubit garam


CARA MEMBUATNYA:


1.  Ayak tepung bersama yis dan gaulkan supaya yis menjadi rata.

2.  Satukan semua bahan lain ke dalam air suam dan larutkannya.

3.  Masukkan air bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli hingga menjadi doh

     yang lembut dan licin.

4.  Tutup mangkuk adunan dengan kain yang dibasahkan selama 1 jam.

     (saya guna kain lampin anak yang dah tak dipakai tuu)

5.  Kemudian uli semula doh dan bahagikan kepada 10 bahagian.

6.  Canaikan doh setebal 1/4 cm dan goreng dalam minyak yang

     sederhana panas.  Bila sudah kembung baru dialihkan ke bahagian

     belakangnya. Cara menggoreng roti ini ada caranya tau..Anda boleh google ye..

7.  Goreng sebiji sebiji sehingga habis.

8.  Hidangkanya dengan kuah kari, sambal ikan bilis atau kuah kacang..

     Semuanya sedapppp....Dengan sambal belacan pun sedap...

Okey,selamat mencuba
posted from Bloggeroid

Tuesday, 6 October 2015

10 Sebab Kenapa Wajib Amalkan Vitamin Zaman Sekarang

Kenapa Sangat Perlu Amalkan Vitamin?


Nak badan sihat perlukan nutrien yang cukup.Badan kita semakin meningkat usia kita maka semakin berkuranglah nutrien dalam badan.Sesiapa yang sudah amalkan vitamin,tahniah saya ucapkan sebab anda sedar akan kepentingan supplement ini.

Tapi kalau dah beli tu jangan pula disimpan dan dibuat sebagai hiasan. Amalkan pengambilan vitamin setiap hari supaya badan kita lebih cergas dan kekal aktif. Lagi pun bagus untuk kesihatan yang berpanjangan. 

Kekal sihat dan Cantik


Di sini saya inginkan kongsikan dengan anda antara sebab kenapa anda perlu ambil vitamin setiap hari.



1 : Nutrien yang mencukupi untuk berat badan ideal


Sebagai contoh, kuning telur tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.


Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? 


Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!



2 : Faktor sibuk


Faktor kesibukan di zaman moden kadang kala menyebabkan corak pemakanan tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.


3 : Nutrien termusnah akibat dimasak

Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.


4 : Stress (tekanan perasaan, kerja)


Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.


5 : Kualiti makanan yang semakin rendah


Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.


6 : Pencemaran alam sekitar


Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi.


7 : Tabiat makan memilih


Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.


8 : Tahap penyerapan nutrien yang rendah


Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.


9 : Harganya yang murah



Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, atau sebungkus makanan ringan, mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan?


10 : Role model kita


Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”).

Credit



Kenapa perlu berkira jika ingin memiliki kesihatan yang lebih baik. Sebab itu saya ubah persepsi dengan memastikan setiap hari saya akan mengambil satu jenis vitamin untuk keperluan diet seharian. Pilihan saya pastinya Shaklee! Sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Jika anda sudah sedar akan kepentingan vitamin.Saya sangat mengalu-alukan anda memilih vitamin Shaklee.Boleh hubungi saya  Pn Zai 017-3954394 untuk keterangan lanjut.

Sedikit info untuk anda...



okey..jumpa lagi dilain entri ye..

Monday, 5 October 2015

3 Sebab Je Kenapa Korang Wajib Memilih Mengenai Vitamin Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Memang tidak diakui banyak sangat produk-produk kecantikan dan kesihatan dipasaran sekarang.Semua peniaga masing-masing mempromosikan produk dengan cara yang tersendiri.Para pengguna tak kurang juga pening kepala nak memilih produk mana satu yang terbaik untuk mereka.

Antara produk yang menjadi pilihan ramai ialah Supplement atau makanan tambahan.Kenapa ramai sangat orang memilih suplement shaklee sekarang ni? Salah satu sebab ialah keberkesanan 100%.Jika tidak,mana datangnya testimoni-testimoni pengguna yang banyak-banyak tu kan.

Saya....saya sendiri akui Shaklee adalah produk yang sangat natural dan selamat digunakan.Setelah saya join Shaklee ni,banyak yang saya belajar tentang produk dan ianya memang terbaik.Nak guna pun tanpa was was.Saya nak kongsikan kepada anda semua kenapa anda juga perlu amalkan supplement Shaklee.



Always safe work and green


Wajib Tahu Tentang Kandungan Vitamin Shaklee


1) Shaklee natural/semulajadi



  • Tiada perisa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada pewarna atau lemak trans
  • Tiada suapan tersembunyi
  • Tidak menjalani ujian terhadap haiwan
  • Tidak mengandungi bahan yang dilarang
  • Tidak mengandungi peluntur klorin

2) Shaklee suplement yang selamat 



  • Menjalani lebih 80,000 ujian kualiti setiap tahun.
  • Potensi yang dijamin - pengesahan dari pihak ketiga
  • Keaslian dijamin - 350 ujian pencemaran dilalukan terhadap SETIAP bahan botani
  • 100% kepuasan dijamin

3) Shaklee berkesan



  • USD 250 juta dilaburkan terhadap ujian-ujian, kajian dan pembangunan (R&D)
  • 70 kajian klinikal telah diterbitkan
  • 60 orang saintis Shaklee
  • 50 patents
Dah baca info kat atas tu ke??Jadi kalau anda sudah yakin dengan produk Shaklee nie.tahniah saya ucapkan.Saya jenis tak suka nak hipoktrik tau,jika ianya berkesan pada saya tentunya ia akan berkesan pada anda juga.yang penting dengan cara pemakanan yang betul dan konsisten,in shaa Allah pasti berkesan.

Kenapa perlu berkira jika ingin memiliki kesihatan yang lebih baik. Sebab itu saya ubah persepsi dengan memastikan setiap hari saya akan mengambil satu jenis vitamin untuk keperluan diet seharian. Pilihan saya pastinya Shaklee! Sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam.

Jika anda sudah sedar akan kepentingan vitamin.Saya sangat mengalu-alukan anda memilih vitamin Shaklee.Boleh hubungi saya  Pn Zai 017-3954394 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, 23 September 2015

Siapa Nak Pergi Trip Bertaraf 5 Bintang Secara Percuma ??

Tahun ini makin banyak insentif yang Shaklee tawarkan kepada pengedar yang aktif.Kali ini juga Shaklee beri peluang kepada pengedar yang baru join untuk berpeluang melancong ke luar negara secara PERCUMA.Untuk yang sudah di rank pertama ( supervisor dan senior supervisor ) juga layak mendapat peluang keemasan ini.



BANGKOK TRIP


Syarat untuk mendapat trip percuma ini senang sahaja.Yang mana belum mendaftar sebagai Shaklee in Distributor lagi sangat dialu-alukan kerana ia paling senang untuk anda target dan dapatkan peluang keemasan ini.

Bilakah peluang ini bermula??

Ia bermula dari sekarang !!!

Dengan hanya RM79.50 untuk yuran keahlian dan semangat yang kental untuk berjaya anda pasti dapat ke Bangkok secara percuma! Bukan itu sahaja, kalau ada buat belian produk semasa mendaftar, boleh dapat sebotol Vitalea bernilai RM93.30 secara percuma tau!

Untuk tahun ini Shaklee menawarkan 3 trip percuma untuk semua para ahli Shaklee yang layak iaitu : 


  1. percutian ke Orlando USA
  2. percutian asia special trip ke Bangkok
  3. percutian ke Melaka


Semua ini adalah percuma !!! semuanya ditanggung oleh syarikat.Anda tak perlu nak fikirkan duit atau bajet lagi kerana semua penginapan,beg bagasi,makanan disediakan bertaraf 5 bintang !!

Okey tunggu apa lagi??
Jom daftar ahli sekarang kerana memang banyak kelebihan yang ada dalam syarikat ini..dan tidak akan dapat di tempat lain.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di:

Facebook : Zainab Mat Rani

Hp no: 017-3954394 ( sms,whatsapp,telegram )

Monday, 21 September 2015

4 Jenis Makanan Untuk Rawat Sembelit Supaya Boleh Senyum jer Bila nak ke Tandas

Alangkah seksanya jika mengalami sembelit yang kerap setiap hari!Betul tak? Saya pasti semua orang akan mimpi ngeri jika sembelit melanda masalah anda.


Kita terpaksa menghabiskan masa yang lama meneran di dalam bilik air tetapi hasilnya tidak memuaskan.





Apakah itu sembelit?



"Sembelit ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti olehmeneran (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar."


Apakah cara untuk mengatasi sembelit agar mudah buang air besar setiap hari ?



Antara Makanan untuk mengatasi sembelit :


1) Betik





Betik mengandungi fiber yang membantu melawaskan usus. Amalan memakan betik setiap hari membantu kita membuang setiap hari, lagipun sedap kan betik ni? So, no more sembelit :)


2) Pisang





Pisang memang bagus sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit. Selain fiber, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, Vit B1, B2, B6 c, niasin dan folat.


3) Oat





Oat sangat kaya dengan fiber, jadi inilah sebab mengapa oat berperanan sebagai pelawas, mengelakkan sembelit.



Diet yang mengandungi banyak serat makanan mengurangkan risiko penyakit dengan memperbanyakkan najis, mengurangkan masa transit makanan melalui saluran gastrousus, mengurangkan tahap kolesterol darah dan membantu mengawal tahap kandungan gula dalam darah.



Serat oat didapati merendahkan kolesterol darah apabila dimakan sebagai sebahagian diet rendah lemak. Adalah dianggarkan bahawa penurunan setiap satu peratus kolesterol darah dapat mengurangkan dua peratus risiko penyakit jantung koronori.


4) Air





Amalan minum air ksong bagus untuk kesihatanAir membantu proses penghadaman dalam badan, dan membantu proses pelawasan dalam badan, sebab itulah air berperanan untuk mengelakkan sembelit. Minumlah air kosong dengan banyak setiap hari, seelok-eloknya bersukat untuk setiap 20kg berat badan anda, minumlah 1 liter air. Jadi, kalau 60 kg? Minumlah 3 liter air berperingkat-peringkat setiap hari :)



Jika ada yang tidak gemar memakan buah buahan ini,saya ada cadangan lain untuk anda !!Lebih senang Dan mudah iaitu dengan mengamalkan 2 Jenis supplement sahaja.


Saya sendiri mengamalkan Ostematrik untuk masalah sembelit.Alhamdulillah ia sangat membantu saya.

Supplement Semulajadi sangat membantu mengatasi Sembelit.





1) Herblax

Herblax berperanan mengaktifkan usus supaya proses pelawasan dan pembuangan najis besar dapat berlaku dengan mudah. Jadi, Herblax berperanan membantu mengatasi sembelit dengan mudah!


Apa yang bagus jika amalkan Herblax?



  • Anda akan mudah lawas dengan khasiat senna leaves
  • Detoks badan, kerana mengandungi alfalfa dan blue malva flower
  • Najis menjadi lembut dan pergerakannya dimudahkan di dalam usus dengan khasiat dari herba Barkthon Bark
  • Jika anda terlebih makan dan juga mengambil alkohol, fennel seed atau jintan manis di dalamnya membantu mengeluarkan toksin terkumpuldan masalah kembung perut juga dapat diatasi
  • Badan yang mengandungi lebihan air dapat diatasi dengan khasiat akar culver atau Culver's root ini, ia juga sesuai untuk pesakit asma
  • Yang paling best, sudah tentu anda akan rasa perut akan mengempis dan kurang buncit! Boleh dicuba pada orang belum mencuba herblax ini :)


Namun, Herblax tak boleh diambil setiap hari! Dapatkan aturan makan yang berkesan dari saya untuk hasil yang optima mengatasi sembelit.






2) Ostematrix


Kandungan magnesium di dalam Ostematrix membantu melawaskan kerana ia bersifat laksatif. Magnesium membantu juga untuk melembutkan najis

Jadi, sudah terbongkar rahsia mengapa Ostematrix sangat penting untuk masalah sembelit, bukan?

Selain dari Ostematrix dan Herblax, boleh mengamalkan Alfalfa setia hari kerana Alfalfa mengandungi fiber yang tinggi! Tapi, awas! Jika anda mengambil fiber dalam kuantiti yang banyak, minumlah air sebanyak yang mengkin, jika tidak, kesannya boleh jadi berlawanan.

Apa-apapun,mestilah Minum air dengan banyak walau apa cara dan alasan anda sekalipun !!


Yang penting, makanlah makanan yang tinggi fiber, banyakkan minum air kosong dan lakukan senaman yang teratur setiap hari untuk membantu mengatasi sembelit ini.Air boleh diminum bersukat, iaitu dengan mengambil 3 liter setiap hari.


Semoga anda bebas dari sembelit selepas ini. Selamat mencuba!

Jika berminat nak dapatkan vitamin dari saya boleh wassap 017_3954394.Konsultasi mantap secara percuma sepanjang hayat..