Wednesday 1 July 2015

Tips Anak Demam Panas Hinggakan Badan Jadi Lembik

Bila sebut pasal anak demam ni memang ramai ibu bapa yang sangat prihatin.Mereka nakkan yang terbaik untuk anak-anak tersayang.Macam saya sendiri jika anak anak demam saya memang tak lena tidur,makan pun tak lalu sebab tu badan saya kurus kering ni...opppss alasan kan..

Berbalik mengenai anak demam ni,baru-baru ini anak bongsu saya yang berusia setahun sebulan kena demam yang agak panas.Bila periksa suhu badan dia memang terkejut sangat 39.5 darjah Celsius..Ya Allah panasnya,tapi kalau rasa badannya memang sejuk sangat.Masa tu jam pukul 5pagi.Saya ambik air yang di campur dengan air asam jawa lapkan atas kepala dan badan.Tapi masih tiada kesan..

Saya cuba lapkan dengan air BASIC H beberapa titik dalam bekas campur air sedikit.Alhamdulillah,badan Syifa kembali normal..takde sejuk semacam..Syukur..Esok pagi tu,tanpa berlengah lagi saya terus bawa ke klinik dan doktor berikan ubat demam Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) dan antibiotik.




TIPS RAWATAN DEMAM PANAS :

1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak.

2. Teknik Sponging/lap:    Kawal darjah kepanasan dengan sponging.Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan     air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian    pelipat, ketiak dan kelangkang.        Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala    basah di sekitar tempat tersebut.

3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:    Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan    pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).    Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:    Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan luke warm water (midly warm /    tepid) iaitu air suam-suam kuku.    Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat tebuka, air suam tersebut    jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam air paip biasa, ini kerana air    akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk.    

Cara mandikan :    Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10-15    min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 

5. Fokus Rawat Imun   
a. Kerapkan beri anak susu ibu (ibu juga perlu kawal diet)    b. Liquid Diet : Air kosong, jus segar dari buah sebenar, one broth (sup        tulang) / sup ayam sebagai penawar untuk elakkan dehydrate        (kekeringan).         Virus hirup protein dalam tubuh, sup tulang ayam atau daging        membantu mengekalkan protein, masak bersama antiviral foods juga,        ianya boleh menaikkan sistem imun badan.   c. Makan banyak antiviral foods, bawang putih, halia, kunyit, brocoli,       makanan penyejuk badan seperti air kelapa muda, barli, kembang        semangkok, buah tembikai.     
 *Jika anak tak boleh lagi makan, ibu yang menyusukan boleh makan.   
d. Elakkan Gula        Gula adalah makanan bakteria dan melemahkan sistem imun tubuh         keseluruhannya juzga. Gula membantu pembiakan bakteria dan        menyebabkan imun rendah sekaligus mengaktifkan virus.   
e. Makan vitamin C semulajadi - Jus Buah Segar.Fokus untuk kuatkan sistem pertahanan badan. Demam is a good sign of working immune system. We should not focus on bringing the temperature down. Kita kena support proses demam tu. Support demam menjalankan tugasnya matikan kuman. Beri anak-anak makan makanan yang kaya dengan Vitamin C dan antioksida.Jika anak demam selalu, beri anak makan probiotik , Virgin coconut oil atau Olivenol.

*PCM cuma diambil jika suhu 38.5 darjah.*Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.*Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) cuma diambil jika suhu 39 darjah ke atas.*Suhu bawah 38 darjah, TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL.


Semoga tips ini membantu kita unuk menangani masalah anak demam panas..Terima Kasih

posted from Bloggeroid