Friday 24 April 2015

Punca Terjadinya Masalah Kembar Siam..Memang Sangat Menyedihkan


Hari ini saya tertarik untuk berkongsikan mengenai KEMBAR SIAM.Malam tadi tengk berita mengenai kembar siam lagi.Terdetik dlam hati macam mana lah kembar siam ini boleh terjadi.Mesti ada sebab-sebabnya kan.Tidak dapat nak bayangkan macam mana kehidupan mereka yang kembar siam ni kan.

Pagi ini saya cuba google mengenai masalah kembar siam ni.Tetapi bila duk cari gambar kembar siam ni macam-macam jenis ada rupanya.Tak sanggup nak tengok sampai habis.Terus menitis air mata bila melihat gambar-gambar yang menghayat hati.Apa lagi bila tengok bayi yang baru lahir,perasaan rasa amat sedih sebab ada yang kembar bahagian kepala,dada,bahu,punggung,kaki dan macam lagi la.

Kembar Siam bahagian dada
                                   
  
Kembar siam bahagian perut dan kebawah


Kembar Siam bahagian perut

Bila melihat gambar-gambar diatas apa perassan anda sekarang?Saya sendiri memang tak sanggup nak tengok lama-lama.Sebenarnya banyak lagi gambar yang lebih teruk,tapi cukup ini sahaja yang saya nak kongsikan.

Amaran : Buat ibu-ibu yang sedang hamil anda tidak boleh melihat gambar seperti ini.kata orang-orang tua ia akan menjadi badi.Tapi saya tak pasti kebenarannya.Wallahualam..


Apakah Punca Terjadinya Kembar Siam ni?


Kembar siam terjadi kerana telur yang dibuahi oleh satu sperma membelah diri sedemikian rupa menjadi kembar monozigotik tapi kemudian terhenti pembelahannya sebelum sempurna. Jadilah kembar siam (mempunyai salah satu atau banyak organ yang dipakai bersama-sama untuk berdua). Pembelahan yang tidak sempurna dapat ringan misalnya hanya pada dinding perut,  atau dapat berat seperti satu jantung berdua, satu kepala berdua (dua badan, empat kaki dan empat tangan) dan kejadian kembar siam sulit dicegah.

Meski penyebab kehamilan kembar belum diketahui, banyak faktor yang diduga menjadi penyebabnya. Salah satunya adalah faktor genetik. Faktor ubat subur yang diambil dengan tujuan agar sel telur matang secara sempurna, dapat menjadi penyebab terjadinya bayi kembar. Alasannya, jika induk telur boleh mengeluarkan sel telur dan diberi ubat subur, maka sel telur yang dah matang akan banyak pada masa yang sama. Misalnya kembar siam atau kembar melekat juga termasuk kategori kembar. Kata kembar melekat sendiri jadi istilah dikeranakan saling melekat pada anggota badan.

Sedangkan penyebab yang berhubungan dengan ubat-ubatan, penyakit infeksi, atau lingkungan yang tidak mendukung pun masih tanda tanya. Sebabnya, bila diperhatikan selama ini, kembar siam yang diungkapkan di media massa memang lebih banyak berasal dari keluarga kurang mampu. Namun, tidak perlu terlalu khawatir anak kita lahir kembar siam, sebab hal demikian jarang terjadi. Yang terpenting, usahakan agar tubuh tetap sehat dan hati bahagia terutama dalam menyiapkan masa kehamilan.

credit

Walaupun perkara ini jarang-jarang sekali berlaku,kita haruslah sentiasa berhati-hati dan mampu mencegah dari awal.Tidak lupa juga pastikan mengambil vitamin yang secukupnya ketika hamil.

In Shaa Allah,semuanya pasti sihat dan selamat dengan izinNya jua.Semoga entri kali ini bermanfaat untuk kita semua.

4 comments:

  1. teringat kisah kembar siam Iran yang membuat operation di Singapore, kembar jenis melekat di kepala. Kedua-duanya meninggal ;-(
    namun, ada juga yang survived, contoh Ahmad dan Muhammad kembar Malaysia

    ReplyDelete
  2. Ingat lg kisah Ahmad dan Muhammad tu.. sekarang dah besar dah diorg.. 1 lg, pasangan kembar perempuan tu, tak ingat pulak diorg asal dr mana.. tp best tgk diorg, walaupun bnyk kekangan dlm aktiviti harian diorg, ade jg yg telah berjaya menjadi doktor, peguam dan lain2..

    ReplyDelete
  3. Sepupu saya ada yang kembar siam..masuk dalam media massa. Dr negeri sembilan dorang tu. aina dan aida rasanya nama dorang. sorg meninggal dan sorang lagi survived. Dah besar budak tu. Cuma perkembangan otak dia agak terganggu skit tapi takdela sampai masuk kelas pendidikan khas.harap dia berjaya suatu ari nnti..

    ReplyDelete
  4. Kembar siam memnag sangat unik, semua kuasa Allah...subhanallah

    ReplyDelete