Thursday 26 February 2015

Perbandingan Kandungan DHA Dalam Susu Tepung


Memang diakui Susu ibu adalah yang TERBAIK di Dunia tapi selepas 2 tahun bayi masih memerlukan susu formula sebagai pelengkap makanan tambahan untuk mereka.Ramai ibu-ibu memilih susu formula yang berjenama kerana menganggap susunya lebih berkualiti dan kandungan DHA dalamnya lebih banyak.

Hari ini saya nak kongsikan dengan ibu-ibu semua mengenai perbezaan dan perbandingan harga dan kandungan DHA dalam susu tepung.Kalau ibu-ibu semua berminat nak tahu mengenai JIMAT yang Berganda-ganda ni,jom baca cerita selanjutnya dibawah ni yer.

Perbandingan Kandungan DHA Dalam Susu Tepung


Tak pasti samada benar atau tidak sebab ada orang cakap semakin tinggi kandungan DHA dalam susu tepung maka ia akan jadi lebih mahal. tapi mungkin ada kebenarannya sebab saya ada juga buat beberapa kajian untuk perbandingan DHA dengan beberapa jenama susu tepung yang lain.Yang paling tinggi kandungan DHA adalah yang paling mahal harganya.


Untuk memudahkan ibu-ibu semua memilih susu tepung yang tinggi DHAnya,saya senaraikan perbandingan DHA antara susu-susu tepung di pasaran supaya ibu-ibu tak perlu lagi pergi ke kedai pening kepala nak mengkaji kandungan dalam susu tepung. Kenapa agaknya susu yang ada DHA tinggi ini lebih mahal? Sudah tentu kerana manfaatnya.


Susu E: 25mg


Susu D: 9.2mg


Susu F: 5.3mg


Susu N: 9.9mg


Susu DL: 16mg


Nampak tak ada satu jenis susu yang paling tinggi kandungan DHA nya dan sudah tentu ini antara susu yang mahal. Saya sendiri ketika anak pertama dan kedua dulu berikan susu tepung yang agak mahal tanpa melihat kandungan DHA dalamnya,sebab fikirkan mesti banyak khasiat dan DHA yang terbaik dalam kandungannya,rupa-rupanya ia hanyalah sangkaan semata-mata.Tapi sekarang,selepas mengenali kelebihan minyak ikan Omega Guard DHA PALING banyak kandungan DHA,jadi saya berikan 1biji sehari untuk mereka.


Dalam kandungan DHA minyak ikan OMEGA ada 120mg untuk satu kapsul,jika nak dibandingkan dengan susu tepung E hanya 25mg untuk satu hidangan.Kalau begitu buat apa buang duit beli susu mahal-mahal sedangkan DHA dalamnya sangat sikit.Lebih baik beli je susu tepung yang harganya murah dan berikan khasiat dari minyak ikan untuk mendapat manfaat DHA.

Jimat yang Berganda-ganda !!


Bayangkan berapa banyak yang dapat jimat,contohlah ye,untuk satu tin susu tepung E,harganya rm100 lebih kurang.Tapi kalau beli susu tepung yang agak murah contohnya DL,harganya hanya rm30 kebawah.Dah kalau beli untuk sebulan 4 pack hanya rm120.Jadi untuk sebulan tu dah jimat rm280.Banyak tu...Jimat yang berganda-ganda !!


Jadi,duit yang selebihnya tu,bolehlah digunakan untuk kegunaan lain dan juga jangan lupa berikan DHA Omega untuk si manja.Harga untuk Omega pula Rm136,berikan hanya sebiji sehari sudah cukup untuk mereka.Satu botol boleh tahan sampai 3 bulan.Maknanya sebulan rm45 sahaja.Lagi satu,untuk pengetahuan ibu-ibu,DHA yang terbaik adalah dalam bentuk cecair.

Berapa Banyak Kandungan DHA Yang Kanak-Kanak Perlukan


Pertama sekali perlu diingat, dari apa yang DHA yang paling baik adalah dalam bentuk cecair. Bukannya dalam bentuk dikunyah kerana yang dikunyah biasanya kurang kandungan DHA. Ada pernah jumpa juga selain dalam susu, DHA ini kadang ada dalam bentuk tablet dikunyah juga.


Dan jangan hanya memandang DHA, dalam susu yang dipilih ibu-ibu kena perhatikan juga EPA yang berkadaran dengan DHA. Kalau hanya ada salah satu ianya bukanlah satu sumber yang terbaik.


Pakar mencadangkan pengambilan DHA untuk kanak-kanak sebanyak 100mg-150mg adalah disarankan. Makanan ringan seperti junk food dan makanan diproses boleh memusnahkan kandungan DHA dalam otak. Maka saya rasa banyak sebab kenapa ibu bapa perlu menitikberatkan perkara ini.


Saya sekarang sangat berpuas hati, jimat poket dan dapat berikan DHA yang mencukupi pada anak-anak hanya dengan sebotol minyak ikan. Setiap hari saya akan pastikan sebelum tidur,telan 1 biji omega dulu.Lega rasa sebab 120mg DHA dah masuk dalam perut.

Tidaklah bermaksud terlalu taksub kalau ambil ni anak boleh bijak cerdik pandai, tapi apa salahnya kita usahakan.Saya sendiri dah nampak kesannya pada anak-anak !


credit

                               

Anda Berminat dengan vitamin hebat ini??
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor 
♥ Zainab Mat Rani 
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot

Anda juga BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?

NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini:


1 comment:

  1. Memang terbaik omega shaklee ni... Anak2 pun suka makan.. Pantang nampak botol, mulalah tak senang duduk diorg tu... hehe...

    ReplyDelete