Wednesday 26 November 2014

Usia Yang Paling Sesuai Untuk Berkhatan

Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera..

Sebenarnya saya dalam dilema ni sebab sibuk nak khatankan anak lelaki saya ni,akan tetapi ramai pulak yang kata tak perlu lagi dek kerana umurnya baru berusia 8 tahun.Antara sebab mereka tidak galakkan ialah kerana zaman sekarang sosial terlalu meluas.Jadi jika dikhatankan lebih awal kanak-kanak tersebut akan lebih cepat matang walaupun usia masih kanak-kanak..Betul ke?Tapi bagi saya sendiri,dengan badannya yang agak besar itu dah sesuai sangat nak khatankannya.Lagipun,antara tujuan asal saya nak khatankan anak saya sebab dia kuat kencing malam.Ada petua-petua yang saya dengar untuk ubat kencing malam ialah kena khatankan..Barulah tidak kencing..tapi itu saya tak pastilah saya hanya mampu berusaha sahaja.


Inilah anak sulong saya Muhammad Afiq Zulfan.Dia memang dah bersedia nak dikhatankan.

Jika bertanya pada orang-orang yang lebih arif,mereka pun galakkan dikhatankan lebih awal ataupun masih bayi pun boleh.Masyarakat Arab mengkhatankan anak mereka ketika masih kecil berbanding di negara kita yang biasanya melakukannya ketika anak berumur 11 atau 12 tahun. Sebenarnya,Tiada satu had umur afdal untuk berkhatan. Yang penting, lelaki yang akan berkhatan sesuai untuk prosedur itu. Tidak dinafikan, berkhatan jika dilakukan kepada lelaki ketika dalam peringkat bayi lebih mudah dijaga ibu berbanding peringkat kanak-kanak. Kulit kulup yang dipotong itu kecil dan luka boleh sembuh dengan cepat. Jika ada masalah, hanya sedikit, iaitu apabila kulit dipotong itu terpotong pendek atau kulit kulup melekat pada kulit mukosa penghujung zakar. Ketika umur muda, kemungkinan kulit penutup penghujung zakar melekat (adhesion) dan menyakitkan jika dilucutkan ketika proses berkhatan. Jika budak itu gemuk, kemungkinan kulit terpotong pendek. Jangan bimbang. Ia jarang berlaku jika dilakukan oleh doktor berpengalaman. Umur 10 tahun ke atas sesuai untuk dikhatankan. Oleh itu, berkhatan ketika umur anak lelaki mencecah 11 atau 12 tahun, ia boleh diterima. Berkhatan menjadi wajib apabila pembukaan penghujung kulup zakar kecil, air kencing tak mudah keluar dan membuatkan kanak-kanak terasa sakit. Ia dikenali sebagai phimosis apabila kulit kulup tak dapat dilurutkan untuk mendedahkan penghujung zakar. Melalui berkhatan ia akan merawat masalah ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengisytiharkan, berkhatan baik untuk lelaki daripada segi pencegahan jangkitan penyakit kelamin, HIV dan kawalan kebersihan atau higen seksual.



Waktu khatan

Waktu wajib khatan adalah pada saat baligh, kerana pada saat itulah wajib melaksanakan solat. Tanpa khatan, solat tidak sempurna sebab suci yang merupakan syarat sah solat tidak boleh terpenuhi.Adapun waktu sunnah adalah sebelum baligh.Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun. Qadli Husain mengatakan sebaiknya melakukan khatan pada umur 10 tahun kerana pada saat itu anak mulai diperintahkan solat. ada riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. mengkhatan Hasan dan Husain, cucu beliau pada umur 7 hari, begitu juga konon nabi Ibrahim mengkhatan putera beliau Ishaq pada umur 7 hari.

http://www2.hmetro.com.my/articles/Usiasesuaiuntukberkhatan/Article

Sekarangkan musim cuti sekolah,jadi memang ramai ibubapa yang ambil kesempatan untuk khatan anak-anak lelaki mereka.Jika tiada aral melintan,in Shaa Allah..Afiq pun akan dikhatankan jugak.

posted from Bloggeroid

17 comments:

  1. Terima kasih untuk info yang sangat berguna dear. Berkhatan ini wajib bagi kita umat islam selagi time cuti sekarang...jom laa pakat2 bawa anak berkhatan.


    Rawat kayap segera sebelum terjadi komplikasi yang teruk

    ReplyDelete
  2. ingat lagi masa adik dikhatankan, penuh satu rumah..memang seronok time tu tgk gelagat dorang

    ALFALFA BAGUS UNTUK KESIHATAN DALAMAN WANITA

    ReplyDelete
  3. Kata orang, berkhatan sewaktu bayi lebih mudah di jaga. sebab bayi hanya minum susu aje.. kalau dah besar2 ni banyak pula nk pantang makan minum nya kan..


    Kerana Alfalfa Complex Shaklee.....Suamiku Kini BERUBAH!!

    ReplyDelete
  4. Sekarang dah ramai yg berkhatan awal...hero sy pun inshaAllah besar sket lg nk trs khatan

    ReplyDelete
  5. Saya dan suami juga bercadang nak khatankan 2 orang anak bujang saya tu bulan depan...mereka pun asyik tanya je, bila nak sunat.

    9 makanan pantas bakar lemak

    ReplyDelete
  6. Say tgh usaha pujuk anak untuk khatan...anak 5tahun..

    Tips Cepat Hamil

    ReplyDelete
  7. mak mertua ida menyuruh anak2 ida di khatan apabila umur 12 tahun nanti.. mungkin ada sebab2 tersendiri mak mertua ida menyuruh khatan anak ketika umur 12 tahun..

    CARA ATASI RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

    ReplyDelete
  8. bagus tu. Zai 8 tahun dah boleh sangat.. Biar lebih bersih ketika solat.

    ReplyDelete
  9. Adik nabila yang bongsu nak sunat ary sabtu ni...

    ReplyDelete
  10. Sekarang musim cuti sekolah dan eloklah masa cuti ini digunakan untuk berkhatan.

    ReplyDelete
  11. Lebih baik Awal khatankan.. Tak da msalah apa2 yg berlaku, Kalau ibu bapa pndai jaga anak2 dri gejala social tu.. Bknnya bergantung pada khatan Awal Ataupun tdak..
    PRODUK UNTUK KURUS DENGAN BERKESAN!

    ReplyDelete
  12. Rasanya sesuai dah tu. Berkhatan awal lagi bagus..

    JommSihatDanCantik -> ADAKAH ANDA JUGA BEGITU??

    ReplyDelete
  13. Yg penting bukan semasa umur anak tengah melasak tak berapa reti naku jaga dan tak ingat kena sunat eheheh

    ReplyDelete
  14. Teringat lagi pengalaman menjaga adik lelaki ketika bersunat. memang macam raj sungguh..hehe

    Jemput singgah >> Tips Pikat Suami Sebelum Suami Cari Calon Isteri Lain

    ReplyDelete
  15. Belum ada anak lelaki lagi..kalau ada memang niat nak khatan awal

    Aktiviti Merangsang Minda Anak

    ReplyDelete
  16. Musin cuti sekolah nie memang ramai orang ambik peluang untuk buat khatan bagi yang ada anak lelaki,anak lelaki saya masih kecil lagi...

    Atasi Masalah Alat Sulit Berbau, Elak Suami Cari Lain

    ReplyDelete