Friday 14 November 2014

Resipi Cek Mek Molek Ubi Kentang yang lembut

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Korang pernah dengar tak kuih Cek Mek nie..Kalau orang Kelantan atau orang pantai timur mesti kenal kan..Kalau tak kenal jugak,tak tahulah nak kata..hihi..
Kalau bahasa bukunya dipanggil Kuih Keria.Ia biasanya dibuat dari ubi keledek.Tapi kali ni saya buat dari ubi kentang.Sebenarnya dah lama saya buat Cek Mek ni dari ubi kentang kerana dibandar ni agak susah nak dapatkan ubi keledek ni.

Bahan-bahan untuk buat Cek Mek sangat senang iaitu :

3 biji ubi kentang
2 cawan gandum
Gula

p/s: gandum tu saya letak agak-agak jer janji doh tidak melekat kat tangan.Tapi jangan terlalu keras atau terlalu lembik.

Cara-caranya :
Rebus ubi kentang sampai betul-betul masak.
Jangan lupa letakkan sedikit garam tau.
Bila kentang dah masak,lenyek-lenyekkan sampai hancur.Contoh seperti dalam gambar.Tapi saya punya tu tak berapa nak hancur sangat..hihi..maklumlah buat kuih bersama baby..semua nak cepat jer.



Masukkan gandum,gaul sampai sebati.
Ambil sedikit doh dan letakkan 1sudu kecil gula dan tutupkan doh.Jangan sampai gula terkeluar dari doh.Ini contohnya.



Buat sampai habis.Bolehlah digoreng..



Dah siap untuk dimakan..

Tips : Jika tak nak adunan melekat kat tangan, anda boleh sapukan minyak atau tepung kat tangan sebelum membentukkan doh tersebut.

Selamat Mencuba !!!

posted from Bloggeroid

24 comments:

  1. Macam kuih badak kan?beza dalam inti je...ros fail buat kuih2 ni tangan keras sungguh.

    Nebulizer Dengan MyImam

    ReplyDelete
  2. Bila baca tajuk entry terus teringat zaman degree kat merbok dulu. Masa tu kami satu rumah sama2 buat cek mek molek ni. Buat banyak2 then bawak pi kelas. Sebab ada test malam tu. Bila selesai semua, kami satu kelas pakat2 makan. Bestnya....

    JommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET

    ReplyDelete
  3. Boleh try ni dgn ubi kentang. Selalu keledek je. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Kuih feveret ni kak zai... tapi tak pernah cuba buat pakai ubi kentang.. mesti nak keledek gak... hihihi...

    Tips Supaya Anak Cepat Bercakap

    ReplyDelete
  5. Minggu ni outstaion ke Terengganu kononya nak beli keledek nak buat ni tapi lupa nak buat so simpan dulu hasrat nak buat tu...

    Epidural

    ReplyDelete
  6. Dulu saya ingat cek mek molek ni kuih keria yang orang malas nak buat bulat2.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Suka kuih nie sbb dia ad air gula kat dalam. Bila gigit rasalah
    Manis2 tu..

    http://anakummicomel.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Bentuk doh nya macamana ya? Rasa nak buatkan untuk anak pula :)

    ReplyDelete
  9. Kuih keria versi pantai timur..dah lama x nampak kat area rumah sy.banyak yg jual nasi kerabu,nasi dagang dan laksam. Kuih ni sedap makan panas2 nyumm
    Resipi Puding Roti untuk Teatime or Supper

    ReplyDelete
  10. Baru 3 mggu lps cik husband buat cek mek nie.guna ubi keledek...nnti nk srh dia buat lah lgi guna ubi kentang pulak.1st rasa cek mek masa hsbnd buat.sedap...hehee

    ReplyDelete
  11. Cek mek molek kesukaan anak-anak sekali hadap je dah abis...

    ReplyDelete
  12. Saya memang suka kuih cek mek molek ni.....tapi buat tak reti. Sekarang kalau nak beli dah jarang orang jual. Tapi mujurlah mak mertua rajin buat. Jadi kalau nak makan ...request ngan mak jer...heheheh

    Bagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif

    ReplyDelete
  13. Sedapnya che mek molek ni....tak pernah lg buat ngn ubi kentang...nti blh la try buat

    makanan minda pintar untuk si manja

    ReplyDelete
  14. Wah.. Boleh buat dgn ubi kentang ye.. Sblm ni guna keledek je.. Kena try ni..
    CARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH

    ReplyDelete
  15. Pernah beli . Pernah makan tapi tak pernah buat..ingatkan susah.rupanya 3 brg ja guna..nexttime boleh cuba.tq

    ReplyDelete
  16. Memang best kuih ni, selama ni tahu makan tapi tak pernah buat sendiri :-)

    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
  17. Aduhhhh..Kak Zai ni, sungguh terliur tengok cek mek molek..Suka sgt kuih ni. Time study kat Nilam Puri dulu, sokmo makan..hehe

    Petua Mudah Kurangkan Ketidakselesaan Sakit Gigi

    ReplyDelete
  18. lama dah tak makan cek mek molek ni.. jarang dah ade orang jual kuih ni.. sedapnya, nak cuba jugalah buat.. senang je resepi dia ni..

    ReplyDelete
  19. puas hatikan bila masak sendiri ni. Kalau beli kat kedai mesti keras je sebab banyak tepung.

    ReplyDelete
  20. belum penah makan pun kuih ni....selalu tengok je. nmpk macam mudah je nak buat kan

    ReplyDelete