Wednesday 12 November 2014

Fakta Mengenai Tangan Kidal

Bila disebut kidal mesti agak ganjalkan sebab tidak semua kita ni kidal,hanya insan-insan terpilih sahaja.Suami saya antara yang terpilih kidal,apa-apa benda pun semuanya menggunakan tangan kiri.Kalau makan dengan sudu pun guna tangan kiri kecuali jika makan dengan tangan,barulah guna tangan kanannya tu.

Tak pasti samada kidal ni jenis keturunan atau tidak sebab anak perempuan saya pun kidal jugak ikut abinya.Walaupun dari baby lagi diajar menggunakan tangan kanan,dia tetap selesa dengan tangan kiri.Nak buat macam mana kan..dah itu yang dia selesa..



Kalau korang nak tahu,ada yang kidal yang kritikal ni,makan guna tangan pun guna tangan kiri..Tetapi bab nak cuci 'tut tut' tu..dia guna tangan kanan..Haaa..memang pelikkan.

Jom kita kaji fakta2 tentang orang jenis kidal ni.

Fakta Unik Mengenai Tangan Kidal

1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Credit :http://um-fabolous.blogspot.com/2014/11/17-fakta-unik-mengenai-tangan-kidal.html

Apa-apa pun semua ini adalah fakta semata-mata,kadang-kadang ianya tidak sama dengan apa yang berlaku.Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui segala-galanya.

posted from Bloggeroid

27 comments:

  1. Wah, fakta menarik ni. Tapi memang betul lah. Di sekeliling saya jarang saya jumpa perempuan kidal. Abang kandung sendiri pun kidal juga... Kawan2 lelaki satu kelas dulu pun ramai berbanding perempuan yang bertangan kidal ni... Terima kasih sis untuk info ni...

    nak tahu cerita garlic??? Jom baca sini>>> Benarkah Seorang Ayah Yang Menghidap Darah Tinggi Mengambil Garlic Shaklee Menyebabkan Bacaan Darahnya Semakin Tinggi??

    ReplyDelete
  2. Abang saya tangannya kidal Dia sorang je dalam famili yg bertangan kidal. Tahap kreatifnya tu memang ramai orang puji. Lain dari yang lain. Kekadang jeles pun ada. hihii..

    BAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL

    ReplyDelete
  3. menarik ttg artikel nie, bagi saya orang yang berkebolehan menulis menggunakan tangan kiri@kidal sangat unik, lain drpada yang lain...

    ReplyDelete
  4. saya pun kidal...tetapi anak no 2 je yang ikut...lagi dua tak kidal macam papanya...

    makanan tambahan untuk ibu hamil

    ReplyDelete
  5. anak kak zi..mula2 tu tulis kidal jugak...pastu bila tgh dia tulis kidal terus ketuk tgn dia ...alhamdulillah...berkesan..skrg dh x kidal lg....tp suami mmg kidal...hiihi

    Cara Atasi Penyakit Tonsil

    ReplyDelete
  6. Adik perempuan bongsu saya pun tangan kidal, masa menulis je tangan kidal tapi bila buat kerja semuanya tangan kanan.

    ReplyDelete
  7. ada orang kata tulisan orang yang kidal lebih cantik daripada orang bukan kidal. fakta ke auta? :?

    Tips Pelajar Pintar Mengikut Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

    ReplyDelete
  8. Pernah cuba tulis guna tangan kidal tapi tak boleh... heheh... kalo drive kete je pandai kidal.

    Anak selalu sakit>>>>Rahsia Anak Jarang Sakit

    ReplyDelete
  9. Suami syu pun kidal..tapi syu cuma tahu dia kidal, masa time akad nikah,masa tu dia nak sign lepas akad nikah,tiba2 tok kadi tegur, "owh kidal rupanya .." haaa..masa tu terus angkat kepala tgk memang dia tgh menulis guna tangan kiri..hehe

    ReplyDelete
  10. 2 2 anak saya mcm kidal je skrg ni. Tulis, mkan, pegang brg smua kidal. Tp mak ayah nye x kidal. Baru je tau fakta ni. Thanks sis!

    Makanan Terbaik untuk Rahim Sihat >>>http://bit.ly/1v2kcTF

    ReplyDelete
  11. Nenek Sy kidal.. Tapi yang untungnya dia blh guna Dua2 tgn.. Makan tgn kanan.. Tapi yg best wktu nk kupas buah, buah pegang tgn kanan, pisau tgn Kiri.. Bbeza la ng org panggil buah tgn Kiri kan.. Wktu tu rasa mcm Bagusnya org kidal.. Pgang buah tgn kan.. Selera org nak.Mkan.. Hehe..Nnt
    APA ITU SIRAP AJAIB??

    ReplyDelete
  12. Banyak fakta tentang kidal yang baru tahu.. Hihi sebab kiri kanan jarang tengok yang kidal..



    kawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis

    ReplyDelete
  13. Baru tahu fakta tangan kidal... anak berusia setahun 10 bulan.... macam dah cenderung untuk menjadi seorang kidal... mudah mudahan semua baik baik belaka..

    mrskeciksangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. saya pon kidal.. mak ayah tak kidal tapi pakcik belah mak memang ramai yang kidal.. tapi saya boleh juga guna tangan kanan untuk buat kerja, makan masih lagi tangan kanan, pakai jam dan gelang juga tangan kanan.. anak-anak takde pulak yang mengikut tangan kidal.. tapi kan ade sorang pakcik ida yang tangan kidal dia boleh guna kedua-dua tangan untuk tulis.. bila dia rasa penat guna tangan kiri dia akan guna tangan kanan pula untuk menulis..

    BAGAIMANA MAHU KURUS DAN DIET DENGAN JAYANYA

    ReplyDelete
  15. Adik laki saya kidal tapi mak ayah tangan kanan. Teringat dulu kat sekolah teringin nak tangan kidal, tulis berlatih guna tangan kiri. Hihi.

    ReplyDelete
  16. Suka tengok orang kidal menulis. Unik!!

    ReplyDelete
  17. kite same...kidal.hehee...byk rupe nyer fakta org kidal nie.nmpk sgt x mengkaji...

    Tips jimat duit berbelanja di pasar raya

    ReplyDelete
  18. adik mak jemah ada jugak yg kidal ni..adik perempuan..

    ReplyDelete
  19. Masa sekolah dulu , shida ada kwn kidal.dia pandai melukis.cantik sesangat lukisan dia.lagi2 lukisan potret.jeles i ..lukisan AAA

    ReplyDelete
  20. Kakak saya kidal. Tangan kidal ni memang berseni tangannya. Tak kira lah dalam bidang apa pun. Creative.. Tapi kelakar sangat bila teringat kawan sekolah yang kidal dulu. Kalau menulis, pasti bukunya akan terbalik.

    ReplyDelete
  21. abg saya kidal memang kretif orangye hehehhe

    ReplyDelete
  22. Ramai yang kata orang tangan kidal ni bijak. Tapi teringat juga kata allahyarham ayah dulu, kalau dari kecil kita ajar dan galakkan anak guna tangan kanan, InsyaAllah anak yang cenderung guna tangan kiri tu boleh berubah secara perlahan-lahan. Makanan Penyebab Batuk dan Selsema Anak

    ReplyDelete
  23. Saya sendiri kidal,tp suka buku berjilid heheeh

    ReplyDelete
  24. adik dan anak buah saya kidal...memang tulisan dorang cantik..kebetulan je kot...hihi

    ReplyDelete
  25. Bagus info ni..cuma dengar-dengar jugak orang kidal ni bijak.

    Akhirnya Tadika Al Falah untuk Najihah

    ReplyDelete
  26. Otak kiri akan mengawal pergerakkan tangan kiri. Sebab itu orang kidal lebih creative dan kebanyakkan pereka graphic melukis mengunakan tangan kiri.

    Jom santai di blog Aju@VitaSyopz Master of Mind and Body

    ReplyDelete