Thursday 2 October 2014

Tips - Selsema Menyebabkan Bayi Sukar Bernafas

Oleh kerana dari semalam lagi baby Syifa kena selsema,malam-malam tak boleh tidur lena,Saya tak tau nak buat apa dah hanya sapu minyak baby telon kat bahagian dada,belakang,dan tapak kaki.Masa tu okeylah sikit selsemanya,boleh tidur lena kejap.Lepas tu,datang lagi sampailah ke pagi tak boleh tidur lena.Cabaran sungguh nak jaga baby kan..Takpe,asalkn baby sihat dan selesa.
 Saya memang langsung tak nak berikan ubat batuk atau selsema kat baby sebab dah banyak kes berlaku sebelum ni.Saya ada juga cuba cara lain untuk hilangkan selsema ni..tapi masih tak berkesan.Jadi saya cuba cari kat google kot-kot ada cara lain yang sesuai untuk Syifa.

Tips untuk kurangkan selsema pada bayi

• Pastikan bayi mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa bayi bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika ibu menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika bayi mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika  bayi berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan bayi berada di dalam bilik air bersama ibu untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika bayi sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu bayi mendapatkan kelegaan dari batuknya.

NOTA KESIHATAN DARI http://drzubaidi.com/blog
Segala petua untuk amalan biasa sahaja,ada kadangkala jadi, ada kalanya tidak kita cuma ikhtiar sahaja. Jika sakit bayi,anak atau anda sendiri berlarutan sila jumpa doktor, pakar anda secepat mungkin,sebab sekarang ini berbagai jenis selsema yang pelik-pelik kunjung tiba pada kita.

 Bayi Baru Lahir: Tips Atasi Hidung Tersumbat

Lendir mengering. Hidung tersumbat adalah gejala awal influenza atau selesema. Hidung bayi biasanya banyak mengandungi lendir di saat-saat seperti ini. Tapi kerana udara yang keluar masuk melalui hidung, hingus pun menjadi kering di dalam hidung. Ini menutup dan menyumbang saluran nafas di hidung bayi. Saat itulah bayi sukar bernafas kerana hidung tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan?! Bantu bayi mengeluarkan hingus dari hidung bayi agar ia dapat bernafas lega. Anda akan tahu cara hadapi hidung tersumbat setelah membaca tips berikut. Tetapi jika hidung tersumbat disertai demam, batuk terus-menerus, atau jika hingus berwarna kuning kehijauan, bawa bayi ke doktor anak. Untuk pemerhatian dan cadangan lebih lanjut.
  Berikut tips untuk mengatasi hidung bayi yang tersumbat:
  1. Menyedut hingus:
  a. Gunakan pembersih ingus (nasal aspirator) khusus untuk bayi. Bentuknya sama pipet atau paip plastik yang lembut dengan hujung berupa getah pembersih. Dijual di farmasi, dengan jenama khusus untuk bayi, seperti Pigeon, Chicco, Dreambaby dan lain-lain.
  b. Bersihkan bahagian yang akan dimasukkan ke hidung bayi dengan cara disteril (dengan alat steril botol) atau kapas yang diolesi alkohol 70%.
  c. Tenangkan bayi sebelum penyedutan dilakukan agar anda boleh memasukkan alat dengan tepat.
  d. Masukkan alat ke dalam hidung bayi, tetapi jangan terlalu dalam. Semasa memasukkan pembersih, hujung getah yang berfungsi untuk menyedut harus dalam keadaan ditekan, lalu lepas perlahan saat sudah di dalam hidung. Lakukan dengan lembut, agar hidung bayi tidak kegusaran.
 
2. Menitiskan NaCl atau larutan garam murni:
  a. Anda boleh mendapatkan larutan ubat titis NaCl fisiologi 0.9% (20 ml) di farmasi, contohnya salah satu jenamanya adalah breathy. Fungsinya, untuk melembabkan selaput dalam saluran pernafasan bayi, melancarkan sumbatan hidung, dan mencairkan hingus agar mudah dikeluarkan. Cara memberikannya adalah dengan memasukkan sedikit bahagian hujung pipet lalu titiskan lembut.
  b. Anda juga boleh membuat sendiri larutan NaCl dengan cara melarutkan 1/4 sudu teh garam ke dalam 1/2 gelas air hangat. Gunakan pipet untuk meneteskannya. Pipet boleh anda dapatkan di farmasi. Apabila anda membeli yang sekali pakai, bersihkan menggunakan air hangat.
  c. Setelah hingus cair, bantu bayi mengeluarkannya menggunakan pembersih hingus. Ikuti langkah-langkah seperti diatas 1( 1. Menyedut hingus).
 
3. Tekan lembut hidung dan sekitarnya, lalu bersihkan:
  a. Anda boleh membantu bayi melegakan pernafasan dengan mengurut lembut hidung dan sekitarnya dengan bahan lembut sambil membersihkan hingus. Urutan lembut menenangkan pernafasan bayi, ini membantu lendir keluar dengan mudah.
  b. Bersihkan hidung dari bekas lendir yang mengering menggunakan cotton bud basah. Hidung yang bersih membantu bayi bernafas dengan lancar. Hati-hati apabila membersihkan, jangan masukkan cotton bud terlalu dalam.  
4. Balsem pelega pernafasan, wap minyak kayu putih di mangkuk:
  a. Anda boleh mengoleskan balsem pelega pernafasan khusus untuk bayi, di bahagian dada, leher dan punggung, sambil mengurut lembut. Contoh, salah satu jenama balsem bayi adalah Transpulmin. Selain memberi rasa hangat, wap balsem juga akan melonggarkan hidung tersumbat.
  b. Cara lain adalah dengan membuat semacam "nebulizer" sederhana dengan cara menitiskan minyak kayu putih ke dalam mangkuk berisi air panas di salah satu sudut bilik, terutama di kawasan bilik yang merupakan wilayah pertukaran udara. Selain berfungsi membersihkan udara yang sarat virus flu, wap hangat kayu putih juga membantu bayi bernafas dengan lega. 
Sumber: http://www.ayahbunda.co.id/Artikel/bayi/tips/bayi.baru.lahir.tips.atasi.hidung.tersumbat/001/005/82/1/1
  Okey,selamat mencuba.Semoga anda dan keluarga sentiasa sihat dan diberkati yang Maha Esa..Aminn
Your Shaklee Independent Distributor 
♥ Zainab Mat Rani 
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394 
♥ Shaklee ID : 956208 
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot