Saturday 18 October 2014

Posisi Menyusu dengan Betul Mampu Elak Sakit Pinggang

Menjadi seorang ibu amatlah bermakna buat saya dan semua ibu-ibu di seluruh dunia.bermula dari proses kehamilan,proses melahirkan,proses berpantang dan membesarkan anak-anak.walaupun cabaran dan dugaan yang datang,perasaan ibu tetap kuat untuk membesarkan anak-anak supaya hidup sihat dan cergas sepanjang masa.

Opppsss,hari ni saya nak kongsikan mengenai proses menyusu.Setiap ibu memang inginkan susu badan lebih banyak supaya baby cepat kenyang dan tidur pun lebih lama.Okey,cara @ posisi yang salah ketika menyusu boleh mengakibatkan ibu-ibu sakit pinggang atau sakit belakang.

Ramai ibu-ibu baru melahirkan tercari-cari posisi penyusuan yang terbaik, selesa dan memudahkan mereka..terus terang masa minggu-minggu awal melahirkan saya sendiri tercari-cari posisi menyusukan anak yang mudah dan selesa..Posisi yang betul untuk menyusu ialah bayi selesa dan kita pun selesa..Macam saya sukakan posisi berbaring macam kat bawah ni semasa menyusukan anak-anak saya,baby selesa kita pun tidak sakit pinggang jadi kalau manyusu lama-lama pun tak apa.

Saat yang indah tidak ternilai bila menyusukan bayi

Saat indah ibu menyusu..perasaan yang tidak boleh digambarkan oleh seorang ibu.Jadi,para-para ibu semua yang ada bayi tu,susukanlah bayi anda sepenuhnya kerana ianya dapat megeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan bayi.Bagi yang belum dikurniakana cahaya mata anda tidak perlu bersedih kerana rezeki anda belum sampai..In Shaa Allah dengan usaha, doa dan tawakkal kepadaNya..Allah swt akan makbulkan juga.Bersabarlah sayang...

Okey,berbalik mengenai teknik-teknik menyusu atau posisi menyusu dengan betul.Saya ingin kongsikan dengan anda semua supaya kita sama-sama dapat merasai nikmat menyusukan bayi dengan sempurna.

Bayi lebih selesa

Antara teknik menyusu yang betul ialah dengan meletakkan bantal dibawah bayi untuk memudahkan anda dan berasa lebih selesa tanpa sakit pinggang.




Sandarkan badan anda dengan bantal - sandarkan badan dengan bantal dan letakkan sesuatu yang tinggi seperti kotak@ buku tebal bagi memastikan anda selesa..


Posisi ini dapat elakkan anda daripada sakit belakang..Jangan membongkokkan belakang anda.Jika anda berada seperti didalam gambar diatas,kemungkinan besar risiko sakit belakang akan lebih cepat.

* Proses ini juga sesuai untuk ibu-ibu mengepam susu.Jika ibu-ibu lebih selesa dan tidak stress,maka lebih banyak susu dapat dihasilkan.
Untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah susu kurang,ibu-ibu boleh cuba cara terbaik untuk tambah susu badan.
 

Semoga entri kali ini dapat membantu ibu-ibu semua lebih sihat dan semakin bersemangat untuk menyusukan bayi sepenuhnya.


Saya Zainab Mat Rani merupakan Shaklee Independent Distributor anda ( ID 956208 ) diseluruh Malaysia.Saya bersedia memberikan anda khidmat nasihat secara percuma dan servis pelanggan terbaik untuk sahabat-sahabat semua serta anda semua yang berhajat untuk mencari supplement kesihatan yang sesuai buat diri sendiri,anak-anak,ibu,ayah dan saudara mara. 

Saya juga bersedia membimbing sahabat-sahabat yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan menjanakan pendapatan bermula dari 3 angka hingga 5 atau 6 angka dengan Shaklee. 

> Hubungi saya personally melalui telegram/we chat/whatsapp/ 017-3954394 untuk info lebih lanjut 

>Jom follow saya di FB : Zainab Mat Rani 
Fan page : znzabadistore blogspot 
Email: zulzai05@gmail.com