Friday 10 October 2014

Beza Khasiat Putih Telur dengan Kuning Telur

Oleh kerana perasaan serba salah bagi anak makan telur terlalu banyak,saya cuba jugak cari kat google kebaikan dan khasiat Telur yang sebenar.Korang nak tahu tak, ada yang mengatakan kuning telur lebih bahaya dari putih telur. Kadang-kadang ada artikel yang memberitahu putih telur lebih baik, kerana kurang kolesterol berbanding kuning telur. Tapi ada juga artikel yang memberitahu kuning telur pula lebih sihat, kerana mengandungi bahan yang tidak ada pada putih telur. Hmm.. Jom kita tengok semua kandungan dan khasiat yang ada pada putih telur dan kuning telur.


Putih Telur dan Kuning Telur : Mana Yang Lebih Sihat?

Perbezaan khasiat Kuning dan Putih Telur

Kolesterol
Kuning telur rata-ratanya mengandungi 210 mg kolesterol.
Putih telur pula tidak mengandungi kolesterol langsung. Namun pengambilan 210mg kolesterol untuk sehari masih dikira ok berbanding pengambilan sepatutnya, iaitu 300mg sehari.

Lemak
Kuning telur mengandungi 1.6g lemak tepu dan 2.7g lemak tidak tepu.  
Putih telur tidak mengandungi lemak. Pengambilan lemak tepu yang berlebihan perlu dikawal bagi mengurangkan risiko sakit jantung, namun pengambilan lemak tak tepu adalah penting. Ini kerana ianya memainkan peranan penting dalam sesebuah diet yang sihat.

Protein
Kedua-dua bahagian telur iaitu putih telur dan kuning telur mengandungi protein, dengan 4g di dalam putih telur dan 2.7g di dalam kuning telur. Kandungan protein di dalam sebiji telur adalah dianggap lengkap dan menyediakan sepenuhnya keperluan asid amino untuk badan. Protein juga membantu mengurangkan rasa lapar, sekaligus menghalang daripada tabiat terlebih makan.

Vitamin dan Garam Mineral
Sesetengah vitamin dan garam mineral yang baik terkandung dalam kedua-dua bahagian telur. Putih telur mengandungi 8% riboflavin yang diperlukan badan. Kuning telur pula mengandungi 5% keperluan badan untuk Vitamin A, 14% Vitamin B-12 yang diperlukan dalam keperluan seharian.  

Sekali dilihat kuning telur seperti mempunyai kandungan bahan yang lebih tidak menyihatkan, sebenarnya kuning telur juga mempunyai bahan tambahan lain yang lebih baik untuk kesihatan. Contohnya kuning telur juga mengandungi lecithin dan lemak omega-3 yang sihat.

Lecithin selalunya disyorkan untuk orang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, manakala lemak omega-3 pula disyorkan bagi merawat masalah yang berkaitan dengan kardiovaskular.

Selain itu, kuning telur juga mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral penting yang tiada dalam putih telur, termasuk vitamin larut lemak: E, D dan K. Kuning telur juga merupakan salah satu sumber semulajadi utama bagi mendapatkan Vitamin D.

Kesimpulannya, memilih bahagian telur yang disingkirkan hanya akan memberikan kesan negatif untuk kesihatan. Apatah lagi setiap bahagian telur, sama ada putih telur atau kuning telur masing-masing mempunyai kandungan nutrisi yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sekalipun kuning telur mengandungi kalori, lemak dan kolesterol, tetapi juga ia merupakan sumber utama bagi vitamin dan mineral penting yang lain. 

Bahagian yang paling sihat untuk sebiji telur? 
Kedua-duanya penting..

 Credit




Saya Zainab Mat Rani merupakan Shaklee Independent Distributor anda ( ID 956208 ) diseluruh Malaysia.Saya bersedia memberikan anda khidmat nasihat secara percuma dan servis pelanggan terbaik untuk sahabat-sahabat semua serta anda semua yang berhajat untuk mencari supplement kesihatan yang sesuai buat diri sendiri,anak-anak,ibu,ayah dan saudara mara. 

Saya juga bersedia membimbing sahabat-sahabat yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan menjanakan pendapatan bermula dari 3 angka hingga 5 atau 6 angka dengan Shaklee. 
 > Hubungi saya personally melalui telegram/we chat/whatsapp/ 017-3954394 untuk info lebih lanjut 
>Jom follow saya di FB : Zainab Mat Rani 
  Fan page : znzabadistore blogspot 
  Email: zulzai05@gmail.com