Friday 3 October 2014

Rahsia Khasiat Bawang Putih


Bawang putih atau nama saintifiknya Allium sativum cukup sinonim dalam masakan kerana ia adalah antara bahan asas untuk menjadi perisa dalam makanan.

Kini, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa Bawang putih mampu menurunkan kolestrol dalam badan. Malah, salah satu kajian dari terbitan The Journal of The Royal College of Physicians oleh Silagy CS dan Neil HAW, 1994 membuktikan bahawa Allium sativum merupakan agen untuk mengurangkan lemak. Menurut Kajian tersebut juga, secara keseluruhan sebanyak 12 peratus penurunan kolestrol dapat dikurangkan dalam tubuh manusia.

So, jangan tak suka pulak makan bawang putih. Banyak khasiatnya.Tetapi ada jugak yang tidak suka makan bawang putih.Berbau busukla,rasa yang tak sedapla.Ada yang kata bawang putih boeh menyebabkan badan berbau hanyit.

 
Khasiat bawang putih

Rahsia khasiat bawang putih yang perlu anda tahu.

  1. Mengurangkan risiko strok ~ Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok. 
  2. Mengurangkan risiko kanser ~ Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.
  3. Anti bakteria dan antivirus ~ Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
  4. Antiinflamasi ~ Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis. 
  5. Mengandungi banyak iodin ~ Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.
  6. Membantu sistem pencernaan ~ Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
  7. Meningkatkan sistem imunisasi ~ Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
  8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh ~ Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
Okey,banyakkan khasiat bawang putihkan.Korang nak dapatkan khasiat bawang putih dengan lebih cepat danpantas lagi berkesan.Boleh dapatkan info dalam ini.


Berminat? Hubungi saya sekarang!! Your Shaklee Independent Distributor ♥ Zainab Mat Rani ♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394 ♥ Shaklee ID : 956208 ♥ FB Page : Znzabadistore blogspot