Sunday 28 September 2014

Tanda-tanda bayi sudah boleh diberi makan

Oleh kerana usia baby saya nak masuk hampir 4 bulan,pergerakannya pun dah semakin agresif.Tangannya sentiasa ingin mengambil sesuatu didepan matanya.Pulak tu,Syifa  sering masukkan jarinya kedalam mulut..eh bukan setakat jari je tau..malah dengan tangannya sekali masuk mulut.Yang bermain difikiran saya sekarang ni ialah Syifa ni dah nak makan kot.Syifa bukan tidak cukup susu badan malah berlebih-lebih lagi.Tapi itulah masalahnya,caranya tu dah macam lapar yang amat sangat dah.Doktor tidak menggalakkan bayi mengambil sebarang makanan jika belum cukup usia 6bulan.
Okey,apa yang saya nak kongsikan hari nie ialah bagaimana nak kenali tanda-tanda bayi sudah bersedia diberi makanan.

Baby Syifa yang sering lapar

TANDA2 BAYI SUDAH BERSEDIA DIBERI "SOLID FOODS" IALAH:

1. Baby sudah boleh DUDUK - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby...jadi, kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu-ibu jangan beri solid food dengan cara baring. Bahaya!!! sebab takut tersedak.
2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA - Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.
Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dengan makanan pejal (bukan makanan pelengkap) yang bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, hanya sabar dan jangan memaksa baby untuk makan sebab baby belum betul bersedia. 
 Antara lain yang perlu ibu bapa atau penjaga bayi boleh merujuk kepada tanda-tanda kesediaan bayi untuk menerima makanan tambahan selain dari susu atau cecair:
  • Bayi sudah mampu mengawal kepala/leher dengan baik. Kedudukan kepala dan leher mesti dalam keadaan tegak. 
  • Hilang refleks ekstrusi (Extrusion reflex). Untuk memastikan bayi bersedia untuk makan dan menelan, bayi haruslah berhenti menolak lidahnya untuk menolak makanan keluar dari mulut.
  • Mampu duduk dengan bantuan. Walaupun bayi belum bersedia untuk duduk di kerusi, tetapi bayi perlu duduk dengan elok untuk menelan makanan.
  • Pergerakan mengunyah. Mulut dan lidah bayi bergerak seiringan dengan sistem percernaannya. Untuk proses menelan makanan, bayi sepatutnya sudah mampu untuk menolak makanan ke belakang mulutnya dan menelan.
  • Pertambahan berat yang signifikan. Kebanyakan bayi sudah bersedia untuk menerima makanan tambahan apabila berat badannya sudah bertambah dua kali ganda berat semasa lahir dan sekurang-kurangnya sudah berusia 4 bulan.
  • Selera meningkat. Bayi seolah-olah lapar meskipun sudah diberi susu diantara 8-10 kali sehari.
  • Ingin tahu apa yang anda makan. Bayi anda mungkin sudah mula melihat makanan yang anda makan atau mahu mengambil makanan tersebut.
Alhamdilillah...kenyang sudah 
Pesanan:
Kalau boleh janganlah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye...sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. Yang paling penting... beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. Beras perang juga amat bagus untuk baby.   
sumber : sini