Thursday 18 September 2014

Tanda dan Petua masalah Resdung

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.Resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.



Tanda-Tanda Penghidap Resdung:

★ Hidung tersumbat dan berbau busuk
★ Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
★ Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
★ Kerap bersin terutama di waktu pagi
★ Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
★ Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
★ Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
★ Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda diatas akan muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar berlarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.

Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.Ada macam2 cara untuk merawat resdung ni.Antaranya mengamalkan vitamin semulajadi Shaklee. ( SET RESDUNG SHAKLEE ).Ianya sangat membantu pesakit2 resdung ni jika diambil dengan konsisten.

Petua Mencegah Resdung

> Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab. 
> Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. 
> Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 
> Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. 
> Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.
> Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 
> Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda. 
> Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.

 okey..selamat mencuba dan semoga pembaca2 blog saya sentiasa sihat walafiat..

posted from Bloggeroid