Assalamualaikum wbr...
Salam Jumaat buat semua..hari ni nak update entri mengenai hati.Kenapa Hati masih tidak tenang walaupun sudah tunaikan solat 5 waktu..ikut perintah Alah swt dan sebagainya..
Kita sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa ia terjadi..kan.Bila hati tidak tenang macam2 perkara buruk boleh terjadi,sentiasa marah2 pada anak-anak,suami/isteri,sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang ada.
Nak tahu kenapa hati sentiasa tidak tenang??Disini saya nak kongsikan sebabnya :
1. Sikap Pemarah – paling mudah dikesan dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. Macam mana nak tenang kalau asyik nak marah orang jer..orang pun takut nak dekat.
2. Sikap Pendendam – Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walau apa cara sekalipun contohnya seperti sakitkan hati atau kenakan orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Perasaan Hasad dengki - amalannya HABISS akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (TIDAK ELOK sikap dengki mendengki nih..minta dijauhkan..)
4. Sikap Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll darinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah swt lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah swt beri melalui makhluk.
5. Sikap Tamak – orang yang sentiasa tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak selalu rugi.. Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Sikap Tidak Penyabar - Jika perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyak2kanlah bersabar bila menghadapi dugaan..contohnya bersabar jika anak mengamuk..ermmm bab ni memang menguji kesabaran kita kan..
7. Sikap Ego - Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin..memang sentiasa tidak mahu mengalah.Semua orang ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Sikap Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah swt marah kalau kita riak..takabbur dgn apa yang kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.Kesimpulannya sentiasa menyedari dengan apa yang kita lakukan dan sentiasa membuka hati berfikiran positif.Dekat2kanlah dengan Yang Maha Pencipta..