Sunday 7 September 2014

Perjumpaan Teh Tarik Season

Salam hari minggu,seharian hari sibuk kat luar.Dari jam 9 pagi hingga jam 10.30 malam baru sampai kat rumah.Letih tu sememangnyalah kan..Pagi tadi kami ada program TTS ( Teh Tarik Season )dekat Bangi..Memang seronok sangat sebab dapat jumpa dengan kawan2 dari alam maya sahaja..tetapi bila berjumpa macam dah kenal lama dah.
Mesti korang tertanya2 apa itu TTS kan?

TTS ialah satu perjumpaan keluarga Wahmilionare sambil 'berportluck' dari satu negeri ke negeri khas untuk group shaklee dibawah naungan Master Wan Fatihanum.Sebelum ini beliau telah berjaya membuat TTS di Kuantan,kali ini pula di Selangor dan Kuala Lumpur.
Hari ni perjumpaan bermula dari jam 9.30 pagi..Masing2 membawa makanan yang sedap dan menarik..sambil makan2 sambil borak2 berkenalan satu sama lain..sebenarnya kami sudah kenal mengenali antara satu sama lain tetapi hanya dari alam maya sahaja..bila disapa bagitau nama baru kenal orangnya. Dalam group kami setiap hari ber'cating',berkongsi apa sahaja.Memang kami saling bantu membantu antara satu sama lain jika ada yang ada masalah tentang apa sahaja..

Dalam pukul 10 pagi bermulalah seisi sharing dari Master Wan Fatihanum.Banyak ilmu yang beliau kongsikan dan memang membakar semangat kami semua.Tidak lupa juga sharing dari guest speaker leader2 ship yang hebat2 semuanya.
Masa memang cemburukan kami..masa berlalu dengan begitu pantas,sedar tak sedar jam dah menunjukkan pukul 1 tengahari.Majlis bersurai..tapi sebelum itu seisi bergambar tidak dilupakan..






Diharap jika dipanjangkan umur akan bertemu lagi kawan2 yang sangat sporting dan ramah2 mesra gitu..