Saturday 27 September 2014

Kenapa Ramai Suka Beli Belah di Online

Kalau diikutkan dulu sebut sahaja beli barang kat 'internet' mesti rasa janggal dan ada yang tidak percaya kerana takut ditipu.Hanya segelintir sahaja yang menggunakan pembelian online ni.Saya sendiri pada masa itu,sangat 'jakun' dan memang tak tahu langsung kebaikan atau keburukan membeli secara online ini.Pelbagai produk yang dijual dari kecil hinggalah sebesar-besar barang antaranya ialah makanan,barangan bayi,pakaian,kereta dan lain-lain produk,pendek kata semua baranglah dijual melalui online.

Belian secara online


Dengan internet,dunia menjadi lebih mudah dan tidak terbatas.Internet mempunyai banyak kelebihan, juga kekurangan. Tetapi jika kita memilih dengan bijak, internet memudahkan segala urusan anda walau dimana anda berada.Lagi satu, kelebihan internet adalah peluang perniagaan yang tidak terbatas. Kedai fizikal bergantung kepada promosi, harga dan jarak capaian pelanggan. Ini bermakna, jika kedai anda terlindung sedikit atau pun tidak mempunyai ruang parking yang mencukupi, atau pun terlalu jauh, anda berdepan risiko kehilangan pelanggan.Tetapi dengan internet, anda tak perlukan semua itu. Ini kerana pelanggan akan dilayan secara peribadi dan lebih detail.

Antara sebab lain mengapa pelanggan memilih untuk membeli secara online ialah :

* Keselesaan ~ Tiada masalah masa,jalan jem,nak berebut-rebut dengan ramai orang.Nak membeli hanya dari rumah,nak membuat pilihan pun lebih senang tanpa apa-apa masalah atau gangguan.Lebih menarik, anda boleh menjadualkan pesanan anda untuk sampai pada masa yang anda mahu, terus ke tangan anda.

* Harga lebih murah dan lebih banyak pilihan ~ Disebabkan kos promosi yang rendah, peniaga boleh meletakkan harga yang lebih murah berbanding kedai fizikal. Mungkin anda beranggapan kos penghantaran sangat tinggi dan tidak berbaloi.Ini adalah strategi mereka menarik pelanggan, anda perlu membaca dan memilih terma dan syarat dengan bijak.
~ Membeli belah secara maya, membolehkan anda menemui produk yang unik, lain dari yang lain, susah didapati dan pada harga yang boleh dibandingkan dengan mudah.Secara fizikalnya,anda lebih senang nak membuat perbandingan harga dan kualiti produk.
~ Anda juga lebih senang nak membandingkan harga dengan mudah. Selain itu, anda boleh merujuk komen atau testimoni pengguna berkenaan produk yang anda sedang bandingkan. Sesetengah orang bukan saja mementingkan harga, tetapi kualiti, kuantiti, pendapat umum malah apa saja boleh mempengaruhi 'nilai' harga bagi seseorang

* Kesesakan ~ Bagi yang mementingkan privasi, tentu tak selesa bila terpaksa bersesak-sesak ketika membeli belah.Bukan saja risiko terhadap keselamatan seperti penyeluk saku atau penculikan kana-kanak, malah ketika ini masalah parking dan bau badan sangat-sangat melemahkan.

* Belian tak dirancang ~ Psikologi dan strategi jualan di kebanyakkan pasar raya sengaja direka untuk memerangkap pembeli supaya membeli lebih dari yang dirancang. Tumpuan akan terganggu hingga menyebabkan kita 'terbeli' sesuatu yang tak perlu seterusnya menyebabkan pembaziran. Jika kita membeli secara maya, perkara ini dapat dielakkan kerana kita tidak dipengaruhi oleh faktor lain.

* Membuat kejutan buat tersayang ~ Oleh kerana anda boleh menjadualkan pesanan anda, anda tak perlu menyembunyikan hadiah untuk tersayang sebelum tiba masanya. Dan kerana anda boleh membeli belah tak kira masa, anda tak perlu sembunyi-sembunyi keluar rumah yang mungkin boleh menimbulkan prasangka. Lebih manis, walau pun lokasi anda jauh, anda tetap boleh memberikan kejutan. Selain itu bagi anda yang pelupa, anda boleh menjadualkan pembayaran anda dan membolehkan pesanan anda diproses dan tetap sampai pada masa yang tepat supaya tersayang anda tak kecewa.

Untuk makluman semua,91% dari peserta yang terlibat suka shopping melalui online dan ketegori produk yang mereka suka shopping adalah elektronik, pakaian & aksesori, makanan, produk kecantikkan dan barang-barang rumah.

Antara cara yang sering digunakan belian melalui online ialah :
> 69% akan cari di Google search
> Direct terus ke laman web 58%
> Melalui Facebook 51%
> Rekomen oleh kawan 40%
> Melalui email 38%

Apabila hendak membeli mesti nak kena bayar kan?Jadi antara pilihan belian online ialah :
> 75% lebih suka guna kemudahan kredit kad
> 67% akan guna online banking seperti Maybank, CIMB dan yang lain-lainya.

Saya sendiri ada membuat jualan secara online.Saya hanya menjual produk makanan tambahan iaitu supplement Semulajadi Shaklee.Jika anda berminat nak dapatkan vitamin-vitamin terbaik dari saya bolehlah hubungi saya sendiri untuk keterangan lebih lanjut.

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Zainab Mat Rani
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini: