Saturday 20 September 2014

Apakah Penyebab Tekanan Darah Tinggi?

Terdapat beberapa faktor atau penyebab penyakit tekanan darah tinggi.Ianya juga biasanya datang dari keturunan jika kedua ibu bapa anda penderita hipertensi anda juga kebarangkalian akan kena tekanan darah tinggi.
Hipertensi primer iaitu penyakit darah tinggi tidak berhubung kait dengan penyakit tertentu. Penyakit ini meliputi 90% jumlah pesakit darah tinggi. 10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.



Penyebab sekunder yang diketahui ialah:
1.Penyakit buah pinggang
2.Penyakit sistem endokrin
3.Penyakit pembuluh darah

Jika salah seorang ibu bapa anda pengidap darah tinggi, anda mungkin mewarisi penyakit tersebut.90% penderita Hipertensi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala. Penderita Hypertensi berisiko tinggi untuk mendapat serangan penyakit jantung. Terapi tekanan darah tinggi yang bagus mampu mengurangkan kedatangan anda ke hospital dan kematian akibat strok atau angin ahmar dan serangan penyakit jantung . Periksa tekanan darah anda menggunakan omron SEM1 dirumah untuk mengurangkan serangan jantung.

Faktor yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi adalah :

☆Cara hidup tidak aktif
☆Sejarah keluarga
☆Umur melebihi 35 tahun
☆Kegemukan
☆Paras kolesterol tinggi
☆Merokok
☆Pengambilan alkohol yang berlebihan
☆Diet mengandungi garam yang tinggi

Simptom-simptom Darah Tinggi Anda berkemungkinan tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala darah tinggi. Simptom seperti sakit kepala atau pening kepala mungkin anda rasai waktu pagi.
Untuk mengesahkan anda Hypertensi, buat pemeriksaan tekanan darah anda di klinik berhampiran. Anda akan dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan ulangan 3 tau 5 hari berturut. Doktor akan mengesahkan anda mempunyai penyakit darah tinggi jika bacaan anda melebehi atau bersamaan 140/90. Peringatan, jangan tunggu sehingga komplikasi hipertensi timbul kerana ia mungkin telah terlambat.Periksa darah tinggi anda dirumah dengan Omron HEM100.
posted from Bloggeroid