Salam Ramadhan..mood raya dah datang dah..sambil2 update entry dengar lagu raya..Persiapan raya hampir separuh siap..tapi ape jer persapan raya saya ni kan..Hanya beli baju baru untuk anak2,suami & diri sendiri..kuih raya tahun nie tak sempat nak buat sendiri..hanya main orderrrr jer..susahla bila ada baby nie.asyik nak berkepiiittt jer dengan ibunya ( ini alasan ke memang malas..hihi )..Biasa macam tahun2 lepas buat kuih raya ada geng..siapa lagi kalau bukan kakak ku la( Maimun )...
Walaupun saya tak berkerja ( surirumah sepenuhnya..) tetapi dapat jugak saya belanjakan baju raya untuk keluarga.Uiitts mana datang duit kalau tak kerja kan..hihi..Sebenarnya itulah hasil dari bonus Shaklee yang saya dapat setiap bulan..Alhamdulillah.boleh jugak bantu keawangan suami & keluarga..
Lebih kurang seminggu je lagi dah nak sambut hari raya..Ramadhan akan meninggalkan kita lagi,semoga segala amal ibadat kita diterima yang Maha Esa..in Shaa Allah...Tahun nie beraya tanpa ayah mertua & mak mertua..Yang paling sedih, ayah mertuaku yang sangat baik hati orangnya ( Allahyarham Awang bin Ahmad )..Beliau saya dah anggap macam ayah sendiri selepas arwah saya ( Mat Rani bin Dollah ) meninggal April 2002.Beliaulah tempat saya untuk berbual & bertanyakan hal2 mengenai agama ataupun apa2 cerita..Biasanya setiap tahun saya akan belikan baju raya untuk arwah ayah..tapi tahun nie hanya mampu melihat je baju raya yang cantik2.
Apa-apa pun semua kenangan pahit manis bersama mereka masih kekal diingatan...Al-fatihah buat mereka.
Okeyla,setakat ini jer coret2 saya kali ini..mood sayu pulak dipagi hari minggu ini..
Sekian..jumpa lagi tau.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berminat?
Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394
Fanpage : ZnZ Abadi Store
http://znzabadistore.blogspot.com/