Wednesday 16 July 2014

Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Dan Bayi

Pengalaman berpantang kali nie agak kelam kabut sikit sebab ada je barang tak tertinggal & belum beli lagi..Memang menyusahkan kalau kita tak siap sedia dri awal2 lagi.

Saya pun tak pasti kenapa mungkin dah lama tak bersalin (5tahun tu..hihi )@pun sebab dah anak ke 3 ( tak berapa excited sangat..klu baby pertama dulu memang yer..semangat bukan main lagi.

Alkisahnya,Masa nak pergi hospital tu tertinggal berus gigi la,mandian ibu la,bekas makanan la..satu2 baru ingat..Dah kena suruh en hubby tolong belikan..kan dah menyusahkan tu..lepas keluar ward dah selamat bersalin,terus balik rumah.

Susu badan pulak bengkak..susu melimpah2 nak keluar tapi tak boleh sebab puting tersumbat.Tapi lepas bidan urut2kan..alhamdulillah dah tersembur2 pulak keluar air susu..So,kena perah dulu sebelum bagi baby hisap kalau tak nanti tersedak susu pulak.Bila dah perah tu,kena isi dalam botol susu ( lupa nak beli la pulak.. ).

Lepas bersalin penting untuk kita barut perut kita guna bengkung..Ubatnya saya hanya pakai kapur makan tu dengan air asam lipau nipis jer.Agak panas & gatal2 perut ni.Masa tu,baru teringat kenapalah aku tak beli yang dah siap tu..yang jamu2 tu ke..lagi senang.

Kitakan dalam pantang manalah boleh nak keluar sesuka hati..nak beli apa2 pun susah..Jadi,peringatannya WAJIB beli & siap sedia barang keperluan untuk bersalin dari awal2 lagi.

Kat sini saya sediakan checklist untuk para ibu2 semua..supaya memudahkan korang membuat persediaan terutama buat ibu2 yang lahir anak pertama.

Checklist Barang Keperluan Bersalin Ibu Dan Bayi

Bagi anda yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata, pastinya persediaan untuk menyambut orang baru sudahpun mula dibeli. Di sini, saya ingin kongsikan checklist barang keperluan bersalin untuk ibu dan bayi semasa di hospital sebagai panduan anda.

Keperluan Di Kaunter Pendaftaran

1. Rekod kesihatan
2. Birth Plan Record (Rekod lawatan kesihatan /mengandung)
3. Guarantee Letter / Kad Insurance (jika anda ada insurance perlindungan)
4. Surat Rujukan Doktor
5. Surat Jaminan Majikan
6. Sebarang dokumen / surat dari hospital
7. Kad Pengenalan
Antara barang yang perlu dibawa ke hospital

Peringatan!!..                                        
Elakkan membawa barang kemas. Jika terbawa bersama, anda dinasihatkan supaya menanggalkan semua barang kemas dan beri kepada suami atau keluarga untuk disimpan. Ini untuk mengelakkan dari kehilangan barang kemas sewaktu anda di dalam dewan bedah atau bilik bersalin. Barang kemas juga tidak boleh dipakai sewaktu di dalam dewan bedah. 


Barang-Barang Penjagaan Diri & Pakaian Ibu

1. Baju Kemeja T (T Shirt) yang longgar dan mempunyai bukaan di depan 
(memudahkan anda menyusukan bayi anda nanti) – 3 helai atau lebih.Tapi ada sesetengah hospital mereka dah sediakan baju & kain dari pihak hospital..
2. Stoking (2 pasang atau lebih)
3. Kain Batik 
4. Bengkung Moden – penting untuk dipakai selepas bersalin..jangan lupa ubat sapu untuk dibalut nanti
5. Set mandian (jika bersalin dihospital kerajaan)
- Sabun,
- Berus Gigi
- Ubat Gigi
- Sikat rambut
- Pencuci muka
- Bedak
- Tuala
- Syampu
- Losyen
Nota : Bagi yang bersalin dihospital swasta, set mandian ini mungkin tidak diperlukan kerana biasanya ia disediakan dan telah dimasukkan di dalam pakej bersalin
7. Tisu
8. Selipar
9. Pad / Tuala Wanita 
10. Seluar Dalam
11. Nursing bra / bra menyusu
12. Baju sejuk (sweater) 

Barang-barang lain 
1. Handphone dan charger – agar sentiasa dapat berhubung dengan keluarga anda
2. Kamera dan video kamera – untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda dan juga wajah bayi anda.
3. Cermin mata (jika anda rabun atau memakai contact lens)
4. Al-Quran (bagi orang Muslim)
5. Buku atau majalah – untuk mengisi masa lapang dan mengalih perhatian anda sewaktu
menunggu saat melahirkan
6. Termos air panas,pinggang,sudu,cawan
7. Minuman segera seperti Milo 3 in 1, nestum, horlick dll. Jika anda lapar, sekurang-kurangnya ini boleh digunakan untuk mengalas perut sewaktu di hospital
8. Minyak angin 

barang2 untuk bayi

Barang-barang keperluan bayi

1. Baju bayi – 2 pasang atau lebih
2. Barut
3. Sarung kaki, sarung tangan dan topi
4. Pampers / lampin pakai buang 
5. Bedung / kain napkin
6. Barang mandian bayi
7. Tuala
8. Tisu lembap / wet tissue 
9. Krim untuk mencegah ruam lampin
10. Minyak telon (disapu diperut bayi untuk mengelakkan bayi dari kembung perut)
11. Bedak / losyen


Diharap ibu2 mendapat info & manfaat yang berguna dalam entry saya kali nie..
"Pengalaman lalu mengajar erti kehidupan yang sebenar"

1 comment:

  1. Akak bersalin dah ker..?tahniah...bby girl ke boy..? :)

    #xcitednya..

    ReplyDelete