Wednesday, 23 July 2014

Cara2 Menjadi Suami Romantik

Hati wanita mana nak cair jika pasangannya tak pandai jaga hati langsung apa lagi romantik.
Susah nak jumpa lelaki atau suami yang romantik tapi kalau dapat memang bertuahlah wanita tu..Jadi,jika anda dapat suami yang jenis caring,romantik..anda harus bersyukur kerana berapa ramai je lelaki @ suami yang romantik kat luar sana tu.

Romantik biar bertempat tau...

Bagaimana cara untuk menjadi suami yang romantik??Jom baca kat sini kalau anda nak tau lebih lanjut.


1. Beri Bunga
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, berilah hari-hari biasa pun tak mengapa, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang. Macam orang tak betul dah..hehe

2. Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pun takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya… Oh ye, kalau tulis kat tisu, hati-hati gak, jangan jadi tisu tandas dah..hehe

3. Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.Lagi satu,zaman kini ramai yg suami isteri masing2 buat hal sendiri,masing2 dengan gadjet..bercakap pun melalui telepon walaupun masa tu duduk bersebelahan,,ermmm macam mana tu..

4. Bicara Dengan Lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong kawal emosi ketika berbicara ok.

5. Berpimpin Tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri) . Kalau masih couple, elakkan berpegang tangan, belum Halal lagi. Sabar sikit ye. ^_^

6. Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyuman kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.

7. Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pun, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…

8 . Kunjungi Tempat Yang Romantik
Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pun apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.

9. Memberi Kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.

10. Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk ye. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.

Seorang wanita mesti suka bila mendapat layanan yang istimewa dari seorang lelaki. Apatah lagi kalau layanan istimewa itu dari seorang suami.
Apa pendapat korang? Ada cara lain lagi untuk jadi romantik?


Credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/