Monday, 19 May 2014

Tanda-tanda nak Bersalin

Mengetahui tanda2 awal bersalin ni adalah penting untuk dititikberatkan.Oleh itu, kita dapat melakukan persediaan awal bagi menghadapi proses kelahiran yang bakal berlangsung terutamanya selepas kehamilan melepasi 38 minggu.Walaubagaimanapun, perlu kita ketahui bahawa pengalaman sakit bersalin yang dialami nanti adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

Menunggu proses bersalin-Gambar Hiasan

Dari pengalaman saya sendiri..tahun 2006,masa anak pertama keluar tanda sedikit darah bercampur dengan lendir.Masa tu memang tiada rasa sakit apa2 pun..macam biasa jer,cuma baby semakin lama semakin kerap mengeras.Lebih kurang dah sakit yg amat dah tu,sy terus ke hospital dalam pukul 6ptg..Pengalaman anak pertama kan..tak tau macam mana nak meneran..sakit tu memang takpernahdirasa sebelum..Tuhan saja yang tau..Menggelupur jgkla nak tunggu baby keluar..Pukul 4.20am alhamdulillah selamat melahirkan baby boy seberat 3.1kg

Anak kedua pulak,memang sangat senang masa melahirkan just ambik masa tak sampai setengah jam pun..dah selamat melahirkan baby girl..
Tanda2nya sama gak ngan anak pertama tu,keluar lendir bercampur darah..masa tu saya ada jgk ambil ubat utk memudahkan proses bersalin dgn bidan kampung ( start ambil masa mengandung 7bln sampai 9bln )..Tanda tu keluar pukul 12tghari..takde rasa sakit apa2 pun..Saya risau jgk takut terberanak kt umahkan..so,pukul 5.30ptg saya ke klinik kesihatn yg berdekatan utk check jalan dah berapa cm..rupa2nya dah 4cm masa tu..
Apalagi terus ke hospital la..walaupun memang tiada rasa sakit apa2 pun lagi..Sampai hospital terus check jantng baby & xsempat sgt dh kot baby nak keluar..terus ke labour room pukul 6pm..Alhamdulillah 6.20pm selamat baby keluar..

In Shaa Allah..dalam minggu nie @ minggu depan anak ketiga akan lahir..Harap2 sangat dipermudahkan proses bersalin & semua selamat..

Okaylah.. jom baca apa lagi tanda-tanda yang anda bakal bersalin tak lama lagi...
Pengalaman tanda2 bersalin masing2 adalah berbeza..Kebiasaannya ramai ibu2 akan  merasa seperti:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat ke hospital jika tinggal jauh) : Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
  • keluar air ketuban : Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
  • keluar darah dari vagina. : Di saat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka (Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.


  • Sakit Belakang : Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Seakan ada 'ruang' di bawah rusuk.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Sumber: saripetua, babycenter.

Ok ibu2.. kalau dah masuk 7 bulan tu, bersedialah dengan beg dan kelengkapan yang perlu untuk bersalin ya...
Jika ibu2 @ bakal ibu ingin dapatkan set bersalin @ vitamin yg sgt natural utk kesihatan yg berpanjangan..klik sini ya..

Ingin dapatkan suplemen Shaklee?

Boleh hubungi saya melalui:

FB : Zainab Mat Rani
sms/whatsapp : 017-3954394
email : zulzai05@gmail.com
Page : ZnZ Abadi Store



** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/