Tuesday 6 May 2014

Amalan Doa & Zikir ketika hamil

Sepanjang tempoh kehamilan kali nie..syukur alhamdulillah sebab kesihatan saya memang tiada sebarang masalah..Yelah,jika nak dibandingkan yg sebelum nie ada je masalah ( diabetes,anemia,selalu cramp,sakit2 pinggang,dll la.. )
Pregnant kali nie saya baru mula amalkan supplement yg terbaik yg sesuai untuk ibu2 mengandung..Supplement apa tu??ermmmm..of coursela Shaklee..Supplement yg sgt natural & terbaik !!Selamat & diyakini halal... :)

Tapi entry kali ni bukan itu yg saya nak kongsikan tau...sebab selain mengamalkan vitamin2 utk ibu & baby..saya juga tidak lupa mengamalkn zikir & membaca2 ayat suci al-Quran yg sesuai untuk ibu2 hamil..

Antara amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Ibu-ibu yang sedang hamil, pastinya mengharapkan semuanya dipermudahkan sepanjang kehamilan. Juga pasti juga mengharapkan agar proses bersalin nanti menjadi lebih mudah bukan? Saya ada terjumpa tips ini semasa jalan-jalan blogwalking, sangat bermanfaat dan rasanya perlu dikongsi bersama.

Moga bermanfaat kepada semua.

1. Surah Al-Fatihah (7 kali)




2. Ya Khafid (1000 kali)



Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20



"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"


credit

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/