Thursday, 18 July 2013

Kenapa Vitamin Supplemen Penting?

1000 tahun lalu, datuk nenek kita hidup dengan menggunakan sumber2 semulajadi sebagai makanan dan pengubatan. Mereka semua sihat dan panjang umur. Malah kehidupan mereka begitu gembira.
Hari ini adakah sama? Kenapa kita sering sakit? Kenapa anak2 kita selalu sakit? Ingat masa kita kecil dulu, berapa kali masuk hospital? Saya sendiri, tak pernah masuk hospital kerana sakit. Oh, mungkin juga orang dulu tak berapa percaya dengan hospital.
Tapi kita boleh lihat sendiri… Budak2 di pusat jagaan kalau tak berhingus tak sah. Anak2 kita ni macam selalu je masuk hospital oleh sebab macam2. Itu belum masuk (maaf cakap) penyakit kronik yg macam2.
Jadi apa perlu kita buat? Sebelum itu… Apa perlu kita tahu… Kebenaran ni:

a- Makanan yang dulunya berzat, sekarang dah kurang zat dah
Buah dan sayur2 membina nutrien dari tanahnya. Tahukah kenapa petani di sesetengah tempat menanam tanaman mereka secara bergilir? Ia kerana selepas musim menuai, tanah akan hilang zatnya. Jadi mereka akan tanam tanaman legum untuk ‘re-store’ zat tersebut.
Tapi sekarang memandangkan permintaan pertanian tinggi, ramai yang dah buat macam tu. Tanaman yang sama ditanam dan guna baja kimia supaya cepat besar.
Jadi tanah yang kurang nutrien membekalkan nutrien yang kurang juga kepada pokok.
Buah yang kita makan hari ni dah tak sama khasiatnya dgn buah yang sama 50 tahun dulu.

b- Proses yang mengurangkan zat buah dan sayur
Bukan je proses memasak (haba panas rosakkan vitamin) tapi proses memetik, mengumpul, mengangkut, mengepek segala macam tu mengurangkan nutriennya.

b- Bumi Kita Tercemar!
Saya dah lama tak tengok embun.. Tapi bila balik kampung, seawal jam 9.30 malam dah berembun. Kampung saya di kawasan tanah pamah. Embun adalah wap air di udara yang terkondensasi bila hawa menjadi sejuk (malam).
Tapi malam di kota ni tak sejuk2. Embun tak sempat naik hinggap di mana2 permukaan sebab kena sekat dengan habuk. Ya habuk! Di luar habuk, dalam habuk. No wonder makin ramai kena sinus.
Itu baru satu.. Yang nampak.. Yang tak nampak?
Gas macam2 jenis (dari asap kenderaan, kilang, rokok!), radiasi, malah lapisan ozon yang menipis…
Semua tu beri kesan kepada kesihatan.

d- Makanan Segera
Kedai makanan segera makin banyak, menandakan permintaan semakin tinggi terhadap makanan segera. Ya, ‘faedahnya’ pun tinggi juga. Pelbagai bahan yang dicampur dalam makanan tu supaya jadi lebih sedap.
Faktor a-d ni menyumbang kepada kenapa kita kena makan supplemen vitamin. Kalau tak makan makanan segera? Buah dan bumi menyumbang. Kalau semua OK? Takkan OK sebab bumi kita yang tak OK!
Jadi tubuh kita perlukan support yang kuat untuk menguatkan sistem imuniti bagi melawan semua penyakit ni.



credit to: http://vitaminsemulajadi.com/kenapa-vitamin-supplemen-penting/