Sunday, 2 June 2013

Kepentingan Kalsium Bagi Wanita

Dalam TV kita selalu melihat iklan susu kan? Tambah lagi yang iklan minum susu untuk menjaga kesihatan tulang wanita kan. Tahu tak kita betapa pentingnya kalsium pada wanita?

Mungkin kita selama ini ambil mudah kerana merasakan ala cukuplah tu kalsium yang aku ambil hari-hari dalam makanan harian. Tapi kena ingat bahawa wanita memang menanggung risiko yang tinggi untuk mengalami kerapuhan tulang. Sebab apa? Kerana wanita mengandung, melahirkan anak, menyusukan anak dan datang bulan (period). Betapa banyak kita kehilangan kalsium agak-agaknya?


ibu menyusu badan


Mari kita tengok apa yang boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan?

kelebihan kalsium untuk tulang

Boleh nampak kan gambar tulang yang normal.  Ianya padat dan rapat kan. Cuba tengok pula bagi yang mengalami kereputan tulang iaitu sinonim dengan osteoporosis. Tulangnya nampak rapuh dan tidak padat lagi berongga-rongga. Sanggupkah kita membiarkan keadaan ini walaupun kita masih lagi ingin sihat untuk menjaga anak-anak dan keluarga? 

KELEBIHAN KALSIUM SHAKLEE

Panduan untuk anda yang ingin memilih pil kalsium. Pil kalsium mestilah didatangkan bersama-sama dengan magnesium dan Vitamin D. Apa fungsi kedua-dua ini?

MAGNESIUM bertindak sebagai ajen pengangkut kepada kalsium untuk membawanya ke tulang untuk diserap.
VITAMIN D pula bertindak sebagai rakan terbaik untuk bantu kalsium menyerap lebih baik ke tulang.
Jika hanya KALSIUM semata, walau ada banyak tapi tidak berupaya menyerap dalam badan maka anda akan berisiko pula untuk mendapat BATU KARANG.

Jadi buatlah pilihan anda sekarang. Wanita lebih-lebih lagi di zaman sekarang penuh dengan pelbagai tanggungjawab. Jagalah kesihatan untuk masa depan anda dan keluarga.

pentingnya kalsium pada wanita

credit