Tuesday, 15 November 2016

Nutriwhite Shaklee Memang Awesome

Ramai yang masih tidak kenal dengan Nutriwhite ni.Mereka ingat Shaklee hanya ada vitamin kesihatan dan kecantikan semata mata.Maaf,silap tu ye akak-akak semua !!

Pada saya,antara banyak banyak produk kecantikan muka saya memang terpikat dengan Nutriwhite ni.Hanya sekali guna dah nampak perbezaannya.Semua daki kat muka dan leher keluar disapu licin keluar tanpa tinggalkan sikit pun daki.Dari pencucinya tonernya,krim siang dan malamnya,memang best sangat.



Untuk entri kali ini,saya nak ceritakan serba sedikit mengenai Nutriwhite supaya anda semua senang nak faham.

Bagaimana Nutriwhite bekerja untuk kulit wajah anda !!

1) MENGHALANG
     - kerosakan dari pancaran matahari..aktif melindungi kulit kesan sinar cahaya matahari UV

2) MENGURANGKAN
     - Pigmentasi dan kulit kusam dicegah bagi memberi impak kulit makin cerah dan tanpa cela

3) MENYEKAT
     - membantutkan kemunculan bintik2  hitam dan pigmentasi yg boleh menyebabkan masalah jeragat

4) MENCERAH
     - Penggunaan yg konsisten akan membuatkan kulit lebih cerah dan sekata

5) MEMPERBAHARUI
     - Mengeluarkan sel-sel kulit mati

Nak cantik..nak skincare selamat.yang penting ianya sangatlah Natural tau..NUTRIWHITE terbaik😊


Boleh hubungi Pn Zai 017-3954394

posted from Bloggeroid

Monday, 14 November 2016

Vitalea Welcome Back !!!

Seperti mana semua atau ramai yang dah tau betapa bestnya Vitalea ni.Memang banyak sangat khasiatnya,yelahkan dah namanya Vitamin Paling Tua didunia.

Mestilah vitamin terbaik..Orang duk cari duk amalkan sampailah sekarang.. Umur vitamin ni 100 tahun tau !!Haaa..Lamakan? 

Betapa lamanya vitamin tu bertahan begitu juga dengan syarikat shaklee. Bermakna betapa kukuhnya syarikat yang kami bekerja Sekarang. 



Antara khasiat  V I T A L E A 😍

✅ berikan tenaga 
✅ hilangkan letih lesu
✅ meningkatkan hemoglobin pada mereka yg ada masalah hb rendah.
✅ membantu kesuburan suami isteri.
✅ mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

Yang mana belum berkesempatan untuk Cuba supplement shaklee ni boleh Cuba bermula dari Vitalea ni..Anda pasti akan teruja dengan keberkesanannya.

BEST SANGAT !!

Jika berminat boleh hubungi saya Pn Zai 017.395.4394 untuk dapatkan khidmat nasihat lebih lanjut.

posted from Bloggeroid

Kelebihan Garlic Complex sebagai Detox paling Mudah

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Shaklee ada mengeluarkan produk berasaskan Bawang Putih iaitu Garlic Complex.Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.



Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)



Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia


👉Mengurangkan pemendapan arteroklerosis dan lemak
👉Menormalkan keseimbangan lipoprotein
👉Menurunkan tekanan darah
👉Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
👉Berfungsi sebagai anti-oksidan
👉Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
👉Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
👉Bantu rawat asthma

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  


HARGA sangat MURAH jika nak dibandingkan dengan kualiti Dan keberkesanan produk.

1 botol Garlic Complex Shaklee mengandungi 60 biji

Harga runcit: RM47.50 (tidak termasuk kos penghantaran)

(PM untuk dapatkan konsultasi dan harga istimewa)


BERMINAT??

Wassap Pn Zai segera 017-3954394
posted from Bloggeroid

Thursday, 26 May 2016

Berpuasalah Dengan Lebih Sihat Tanpa Lemah Longlai

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera,

Ya Allah..Ramadhan semakin hampirrr .. Tak sampai 2 minggu lagi kita nak sambut bulan yang penuh barokah.Tak Sabarnya nak kumpul pahala yang banyak dibulan RAMADHAN nanti..Moga Kita semua diberi kesihatan yang baik Dan dipanjangkan umur Dan dapat melakukan ibadah dengan lebih tawadduk.

Masalah disini sudahkah anda anda semua bersedia untuk berpuasa dari segi fizikal Dan rohani?Saya pasti Ramai yang risau sebab kalau puasa je mesti akan timbul masalah Gastrik,lesu,lemah, tak larat nak buat kerja.

Untuk masalah fizikal in shaa Allah,saya akan cuba bantu anda untuk lebih Sihat Dan bertenaga sepanjang Berpuasa nanti..Elakkan dari masalah buruk berlaku jika tak pandai jaga makan dengan betul


Aduiilah penatnya !!


Kebiasaannya,bila kita Berpuasa, badan kita akan kekurangan air Dan boleh menyebabkan badan jadi cepat penat Dan tidak bermaya.Sebab itulah semasa berbuka atau sahur kita digalakkan meminum air masak dengan secukupnya.Untuk itu saya sangat menyarànkan Supaya kita mengambil beberapa supplement untuk membantu badan lebih Sihat dan cergas.

Kenapa anda perlukan semua ini?


( SET RAMADHAN LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA )


PERFORMANCE DRINKS

✌️Ianya adalah sejenis minuman rasa seperti oren yang lazat. Membantu mengawal bendalir dalam badan supaya badan tidak mudah dehidrat, dan berupaya mengurangkan dahaga di siang hari.
✌️Mengandungi elektrolit-elektrolit yang akan memberikan lebih tenaga kepada sesiapa yang meminumnya.

MEALSHAKE
✌️Mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap untuk memberikan tenaga yang lebih di siang hari dan mengelakkan kelesuan akibat kekurangan vitamin dalam badan.
✌Rasanya yang sangat enak seperti aiskrim memberikan aroma baru pada yang mengamalkannya.

ENERGIZING SOY PROTEIN

✌memberikan rasa kenyang lebih lama semasa berpuasa dengan kandungan protein yang semulajadi tanpa bahan pengawet, perisa dan pewarna yang tidak dibsenarkan. Pastinya sahur yang hebat dengan mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan.




SET RAMADHAN ON THE GO! pilihan keluarga masakini🌟

Set RAMADHAN ini boleh diminum semasa atau selepas berbuka puasa Dan bersahur.Ketika Berpuasa tambahan Pula musim panas sekarangcini,kita perlu memastikan bekalan tenaga adalah lebih Dan mencukupi untuk menempuh siang hari yang panjang sebelum berbuka puasa.

ANDA nak pilih semua atau salah satu pun boleh..yang pasti kena Dapatkan consultant dari saya dulu ye untuk best result hokey !!

Sedikit tambahan info ye, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Sebarang pertanyaan dan order boleh hubungi saya Pn Zai 017.395.4394

Saturday, 7 May 2016

5 Masalah Buruk Akan Berlaku Ketika Berpuasa Jika Tidak Jaga Makan Dengan Betul !

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera,

Bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah dan keampunan. Saatnya menyucikan hati dan membersihkan diri. Semoga kita termasuk orang-orang yang berhasil di bulan puasa ini dan mendapat keredhaan dari-Nya.

Pejam celik pejam celik rupanya lagi sebulan kita nak sambut bulan Ramadhan.Ma shaa Allah cepatnya masa kan.Apa yang kita perlu lakukan untuk persiapan bulan ramadhan ni?? Dah bersedia ke anda semua dari segi fizikal Dan mental?

Terdapat beberapa masalah kesihatan semasa berpuasa yang sering kali kita hadapi, antara salah satu punca utamanya ialah kekurangan air ketika berpuasa.Ini kerana badan kita sememangnya sangat perlukan air yang cukup untuk lebih bertenaga.

Apabila badan tidak sihat ,macam macam masalah kesihatan akan terjadi pada badan kita.Jom kita tengok apa masalah kesihatan semasa berpuasa.Antaranya ialah :



1.Pedih Ulu Hati


Apabila seseorang itu berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu hati. Jangan fikir tentang juadah apa yang hendak dimakan ketika berbuka, tetapi tumpukan pada bacaan Quran, zikir dan membaca buku-buku agama.



Selain itu pedih ulu Hati juga disebabkan oleh jenis makanan yang dimakan ketika berbuka dan bersahur. Makanan yang berminyak (bergoreng), pedas dan berlemak akan lambat hadam menyebabkan masalah pedih ulu hati dan kekembungan perut.

Jadi, pastikan anda memilih makanan yang lambat dihadam ketika bersahur.


2. Dehidrasi.


Kekurangan air di dalam tubuh akan merendahkan kadar metabolisme dan menyebabkan seseorang individu itu tidak bertenaga. Ramai yang tidak cukup minum air dan ini dapat dikesan dengan melihat warna air kencing yang keruh dan kuantitinya yang sedikit.

Pastikan sepanjang malam minum air sebanyaknya, dan saya mencadangkan sekurang-kurangnya minum 2 liter bagi membersihkan tubuh dari toksik bahan kumuhan. Anda juga boleh amalkan Performance Drink sepanjang bulan puasa ini untuk kekal bertenaga dan dapat mengelak dari dehidrasi



3. Sakit kepala 


Sakit kepala pada bulan Ramadhan kerap terjadi kerana beberapa faktor seperti kekurangan glukos, kurang minum air, kurang tidur, mengambil kafein (kopi) terlalu banyak dan menghisap rokok selepas berbuka atau di malam hari.



4. Sembelit 


Sembelit juga mudah berlaku kerana meminum air secukupnya dan kurang mengambil serat (fiber) dalam pemakanannya.

Amalkan buah betik kerana buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium yang boleh membantu masalah sembelit.


5. Gastrik


Gastrik akan mudah kena kepada yang ada masalah metabolisma tinggi kerana jika metabolism kita tinggi,maka makin cepatlah kita akan berasa lapar.Jadi kita kena pastikan pemakanan yang mengandungi protein dan lebih berkhasiat.Kalau ANDA semua nak Tahu,Gastrik jugalah antara paling ramai yang kena ketika Berpuasa.



Okey,Ini hanya beberapa masalah yang biasa berlaku ketika Berpuasa. Macam mana? Adakah masalah diatas tu sering anda alami sepanjang bulan puasa?

Jika YA,saya syorkan anda kena pastikan ada satu set Ramadhan Istimewa ini disetiap rumah ANDA okey.

Kenapa anda perlukan semua ini?


( SET RAMADHAN ISTIMEWA )


PERFORMANCE DRINKS

✌️Ianya adalah sejenis minuman rasa seperti oren yang lazat. Membantu mengawal bendalir dalam badan supaya badan tidak mudah dehidrat, dan berupaya mengurangkan dahaga di siang hari.
✌️Mengandungi elektrolit-elektrolit yang akan memberikan lebih tenaga kepada sesiapa yang meminumnya.

MEALSHAKE

✌️Mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap untuk memberikan tenaga yang lebih di siang hari dan mengelakkan kelesuan akibat kekurangan vitamin dalam badan.
✌Rasanya yang sangat enak seperti aiskrim memberikan aroma baru pada yang mengamalkannya.

ENERGIZING SOY PROTEIN

✌memberikan rasa kenyang lebih lama semasa berpuasa dengan kandungan protein yang semulajadi tanpa bahan pengawet, perisa dan pewarna yang tidak dibsenarkan. Pastinya sahur yang hebat dengan mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan.



SET RAMADHAN ON THE GO!

🌻 Pilihan keluarga masakini 🌟

P/S: Niat saya semoga kita sama sama lebih Sihat Dan bertenaga sepanjang Berpuasa Dan dapat melakukan dengan lebih sempurna.

Marhaban ya Ramadhan… Bulan suci penuh berkah hampir tiba. Saatnya untuk lebih mendekatkan diri pada-Nya. Menjauhi keburukan dan memperbanyakkan ibadah pada-Nya. Dengan segala kerendahan hati, saya dengan seikhlas hati mohon maaf dari zahir dan batin atas segala salah dan khilaf…. Selamat datang bulan suci Ramadhan

Jika berminat untuk Dapatkan SET RAMADHAN ISTIMEWA ini,senang jer Hubungi saya Pn Zai ditalian 017.395.4394 ( Wassap )

Tuesday, 26 April 2016

Wajib Tahu Kenapa Selalu Lapar !!

Assalamualaikum..

Oleh kerana ramai yang terlalu obses nak kurus,tambah lagi nanti nak pakai baju raya cantik tak muat pulak,mai sini saya nak kongsikan beberapa Info mengenai hormon Leptin yang menyebabkan punca ANDA jadi gemuk !

Hormon leptin ni dikenali sebagai hormon kelaparan. Kenapa ia dipanggil sebegitu? Leptin ni adalah sejenis protein yang berada dalam sel lemak, memasuki salur darah dan menuju ke otak.
Leptin ni berapa dalam sel lemak ye.

👉secara ringkasnya kalau hormon leptin tinggi, kita akan rasa kenyang !!
😩Maknanya jika kalau hormon leptin rendah,ia akan menjadi lapar!!

Untuk masalah kali ini suka saya syorkan untuk ANDA semua iaitu supplement Shaklee.Produk shaklee yang boleh membantu dalam pengurusan berat badan adalah Omega Guard.

Kuasa Omega ialah ia mampu meninggikan hormon leptin.
Sebab tu bila kita makan omega boleh jadi rasa tak nak makan lagi dengan berlebihan.


Bukan setakat Mampu kurus otak pun bijak tau


Secara mudahnya, hormon leptin tinggi, kita akan rasa kenyang dan tak nak makan banyak manakala bila hormon leptin rendah, kita akan mula rasa kelaparan dan akan mencari makanan.
Okey,boleh faham tak pasal hormon ni?

Leptin ni berada dalam sel lemak,bermakna kalau kita gemuk bukan ke secara lojiknya leptin juga tinggi?

👉Bila dah obesiti, badan akan alami masalah rintangan leptin
sepatutnya hormon leptin tinggi tapi dah jadi kucar kacir.
Walau hormon leptin tinggi, tapi hormon leptin ni tak berjaya nak beri isyarat pada otak untuk beritahu yang badan sudah cukup tenaga dan tak perlukan tambahan lagi.

Maka akan jadi songsang, badan semakin besar atau obesiti tapi otak tidak terima signal kata dah cukup dan akan bagitau badan kena makan lagi dan lagi.


Kenapa boleh jadi rintangan leptin? Apa puncanya?


👉Pengambilan gula yang berlebihan,
👉stress yang melampau
👉tidak cukup tidur
👉paras insulin yang tinggi dalam badan
👉makan berlebihan.


Untuk orang yang ada masalah ini, makan banyak mana pun tapi tak kenyang juga maka boleh sangatlah cuba telan Omega Guard ni.Dibandingkan Pula dengan Lecithin lagi the best kesannya.




Untuk order Omega guard ni mudah saja..Wassap ke Zai IbuManis 017.395.4394 dengan segera..Sementara promosi masih ada!!!

Tuesday, 5 April 2016

5 Tips Guna Aircond Sepanjang Masa Tapi Boleh Jimatkan Elektrik !!

Salam sejahtera Dan selamat petang semua..

Moga ANDA semua sihat sihatlah ye,dengan cuaca sekarang sangatlah tinggi suhunya ada sesetengah kawasan suhu sampai 42°C .Suhu yang agak tinggi di negara kita.Kita duk dalam rumah pun panas apa lagi jika berada di luar rumah Cuba bayangkan macam manalah abang kakak PakCik makcik yang kerja buruh tu atau yang bekerja dibawah matahari?Ya Allah kesiannya..panas terik tu..sekarang musim strok haba lagilah terasa kepanasannya.

Apa tindakan ANDA !!
Macam macam cara sebenarnya untuk kita sejukkan badan atau stabilkam suhu badan.Antara alternative yang biasa sangat kita buat untuk menyejukkan badan ialah dengan memasang penyaman udara atau aircond.Tak kira dalam kereta atau pun dirumah.



Masalah sekarang ialah bila sentiasa memasang aircond dalam rumah bil elektrik melambung lambung naik.Sangat berbeza jika kita pasang aircond sepanjang masa dengan pasang Hanya bila perlu saja.Haaa bila cerita Pasal bil elektrik nih mari sini saya kongsikan berapa bil elektrik saya setiap bulan😊😊

Bil eletrik kat rumah saya takdelah mahal sangat,Biasa setiap bulan anggaran dalam rm60 hingga rm100 macam tu.Oppss,Sekarang musim panas ni bil elektrik sudah cecah ke rm130 ++..Tapi,Jika nak dibandingkan dengan orang lain saya pernah dengar ada yang sampai rm100 hingga rm300.Ermmm banyak sangat tu bil elektrik nya..aduiiii..

Okey,hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua Tips untuk menggunakan aircond dengan betul supaya Mampu Jimatkan bil elektrik ANDA !!!Yang mana saya mencari cari tips ini dari encik Google kita Dan cuba perhatikan jika ada perubahan dalam bil elektrik kita nanti!


1. Semakin rendah suhu yang disetkan pada aircond kita, maka semakin kuat compressor perlu bekerja untuk menstabilkan suhu bilik sehingga mencapai suhu tersebut. Bayangkan, bilik tidur kita yang seharian panas disebabkan cuaca yang panas, bila tiba waktu malam, kita on kan aircond pada suhu 16 darjah Celsius. Memang bertungkus lumuslah aircond itu bekerja untuk capai suhu 16 darjah Celsius itu. Dan sudah semestinya aircond itu bekerja guna elektrik! Jadi pastikan kita set suhu yang bersesuaian seperti 21 hingga 24 darjah Celsius, pun sudah memadai untuk mendinginkan kawasan bililk..

2. Untuk pastikan aircond tidak menggunakan tenaga elektrik lebih daripada sepatutnya, pastikan juga aliran udara melalui unit tersebut tidak terhalang. Pastikan filter atau penapis aircond adalah bersih daripada habuk dan kotoran.

3. Gunakan timer untuk matikan aircond setelah gunakan dalam tempoh tertentu pada waktu malam, Contohnya setkan timer untuk matikan aircond setelah 1 jam kita masuk tidur, ataupun pasang aircond setengah jam sebelum kita masuk tidur untuk dinginkan bilik dan set kan timer untuk matikan aircond selepas sejam digunakan.

4. Gunakan cara konvensional yang praktikal untuk  menyejukkan bilik, seperti menutup langsir bagi tingkap bilik yang menghadap ke arah matahari atau pun membuka tingkap selama sejam setiap awal pagi untuk membolehkan udara sejuk masuk mendinginkan bilik.

5. Penggunaan aircond yang mempunyai mod jimat tenaga atau energy saver mode adalah lebih baik. Apabila aircond berada dalam mod jimat tenaga, apabila bilik telah mencapai suhu yang dikehendaki dan compressor telah berhenti, seluruh unit aircond tersebut turut akan dimatikan. Dan apabila suhu bilik kembali meningkat, seluruh unit aircond tersebut akan dihidupkan semula. Pada masa ini, aircond hanya akan menggunakan mod kipas untuk menstabilkan semula suhu bilik dan compressor tidak dihidupkan, Lebih banyak 'compressor-off time', lebih banyak tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Selamat mencuba ye..harap harap ianya akan berkesan untuk mengurangkan bil elektrik kita setiap bulan.

Sedikit info !!

👉Aircond - aircond banyak menggunakan elektrik untuk bahagian kompressor (unit di luar bilik) berbanding bahagian blower (unit di dalam bilik).

👉Memasang aircond dengan lama tak semestinya menggunakan elektrik dengan banyak.

👉Kurangi suhu sejuk yang disetkan untuk tidur pada waktu malam, biasanya suhu 26-27 darjah sudah memadai, tak perlu disetkan sampai 23-20 sejuknya TETAPI tidur menggunakan selimut!

👉Aircond adalah penyaman udara... bukan lagi penyejuk udara. Kita tak perlukan udara sejuk, kita perlukan udara yang nyaman.sejukkan bilik 15 minit lebih awal pada pelarasan suhu yang rendah seperti 20 darjah tetapi setelah itu naikkan suhu kepada 26-27 darjah sebelum lelapkan mata.

👉Gunakan setting 'sleep' pada remote. Selain daripada fungsi senyapnya, untuk sesetengah jenama aircond, fungsi 'sleep' ini ialah untuk menaikkan suhu secara automatik e.g. 26 darjah untuk 60 minit pertama, 27 darjah untuk 60 minit seterusnya dan 28 darjah untuk seterusnya.

👉Cuci sawang-sawang yang ada pada filter (unit di dalam bilik) dengan kerap.

👉Kalau aircond unit itu sudah lama, sudah sampai masanya untuk diservis. Aircond yang tidak diservis akan berkurangan efficiency. Bila kurang efisien, aircond menggunakan tenaga elektrik lebih.pasang bidai di dinding luar atau tingkap yang terdedah kepada direct sunlight. Ini untuk mengurangkan haba panas yang tersimpan pada dinding pada waktu malam.

Okey, semoga Tips ini dapat member Manfaat untuk kita semua !!!