Sunday 12 April 2015

Tips Rawat Anak Kena Demam Panas Supaya Suhu Badan Cepat Turun

Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak-kanak.Merekan akan pastikan anak-anak tersayang sentiasa sihat dan ceria sepanjang masa.Jika anak-anak diserang masalah demam ke asthma ke batuk-batuk ibubapalah yang tidak akan tidur malam kerana risaukan keadaan anak.

Saya sendiri jika anak demam memang sanggup berjaga malam sampai ke pagi untuk memastikan bayi dalam keadaan terkawal.Walaupun badan kita tidak sihat macam mana pun,itu kita tolak tepi dulu..Betul tak ibu-ibu semua??



Okey,TIPS RAWATAN DEMAM PANAS :

1. Pastikan semak suhu sentiasa. Tidak boleh agak-agak.

2. Teknik Sponging/lap:    Kawal darjah kepanasan dengan sponging.  Letak tuala lembab dengan air biasa di kepala atau jerlum kepala dengan air asam jawa atau daun bunga raya putih. Sekali sekala, lap di bahagian    pelipat, ketiak dan kelangkang. 
★ Untuk anak lelaki, lap di area 'ball' dia. Boleh juga terus letakkan tuala basah di sekitar tempat tersebut.

3. Pakaian dan Suhu Persekitaran:    Pakaikan pakaian nipis, on Kipas atau air cond (jika tiada masalah alahan    pada sejuk yang boleh menyebabkan batuk).    Jika suhu makin tinggi, pakai diaper sudah cukup.

4. Teknik Mandian:    Jika suhu lebih 37.8 : Mandikan dengan air suam-suam kuku. Tapi, jika persekitaran tempat mandi tempat terbuka, air suam tersebut    jangan terlalu suam atau terlalu sejuk macam air paip biasa, ini kerana air    akan kena udara, sekejap sahaja boleh jadi sejuk.  
 
★Cara mandikan : 
 > Mulakan daripada kaki ke atas. Biarkan anak main dengan air dalam 10-15  min. Jangan sampai menggigil. Anak harus relaxed. 

INFO UNTUK ANAK DEMAM

 *Pastikan anak kekal aktif.
* 'Mild fever' - 37.5° to 38°. Itu ukuran 'mild'. Rendah dari itu, dedar sahaja bak kata orang Melayu.
 *PCM cuma diambil jika suhu 38.5 darjah.
*Suhu 39 ke atas menghampiri 40 darjah bawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
*Suppository (ubat demam masuk 'tut' ) cuma diambil jika suhu 39 darjah ke atas.
*Suhu bawah 38 darjah, TIDAK MEMERLUKAN PARACETAMOL.

Tambahan info: 
1. Cool fever TIDAK berkesan turunkan suhu, cuma mungkin boleh kurangkan   pening/kepala tidak selesa sebab suhu yang tinggi. Gantikan dengan jerlum asam jawa atau daun bunga raya (bunga raya putih lebih bagus).    Cool Fever cuma menarik haba pada suatu tempat sahaja, tidak seperti teknik sponging yang lain, haba akan ditarik pada satu tempat contohnya di   kepala dan ia membahayakan kerana boleh menyebabkan sawan berlaku.

2. Demam disebabkan virus TIDAK PERLU ANTIBIOTIK, antibiotik cuma     membunuh bakteria baik dan jahat. Tapi jika sudah terambil, perlu     habiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik     kekal dalam badan. Antibiotik adalah jalan terakhir digunakan jika sudah    tidak terkawal (jika sudah nampak tanda-tanda akan berlaku infection    seperti kes tonsil bernanah atau lainnya).

3. Elakkan sebarang pengambilan vaksin. 

DEMAM MELEBIHI 5-7 HARI PERLU BUAT UJIAN DARAH UNTUK PASTIKAN PUNCA DEMAM..

Sekian..harap info ini dapat membantu anda semua.


posted from Bloggeroid