Showing posts with label Punca Susu Ibu Makin Sikit. Show all posts
Showing posts with label Punca Susu Ibu Makin Sikit. Show all posts

Wednesday, 19 November 2014

Punca Sebenar Susu Ibu Makin Sedikit

Ramai ibu-ibu yang mengalami masalah susu badan yabg sedikit.Semakin hari semakin kering susu badan.Pening dan risaukan bayi pun ada sebab bayi menangis dahagakan susu.Biasanya kalau dah tahap bayi menangis teruk tu apa yang ibu-ibu buat?Apa lagi,semestinya berikan susu formulakan.Kesian kat bayi yang masih kecil dah tak merasa susu ibu.



Kalau nak tahu,sebenarnya banyak punca yang menyebabkan susu ibu makin sedikit…Antaranya ibu yang sedang stress, sakit atau sesetengah ubat-ubatan seperti pil perancang yang akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Tapi kali ni, saya nak kupas mengenai punca susu ibu merudum yang disebabkan oleh ibu tak follow konsep asas dalam penyusuan susu ibu.

Ramai ibu yang salah faham mengenai breastfeeding ni. Mungkin ada yang beranggapan, kalau tunggu breast penuh (bengkak) maksudnya banyaklah susu baby dapat minum nanti. Inilah tanggapan yang perlu dibetulkan. Sebenarnya, ia sangatlah berlawanan yer. Kalau kita tunggu breast rasa penuh baru nak bagi baby minum susu atau pun nak tunggu bengkak susu dulu baru nak pam, susu akan jadi makin sedikit secara perlahan-lahan. Makin lama kita tangguh, makin sikitlah penghasilan susu ibu tu. Sebabnya, bengkak susu dan adakalanya ‘bocor’ sebab dah overflow..akan hantar signal pada badan yang kita perlukan susu yang sedikit.

Mari sini saya ceritakan situasi sebenar yang ramai ibu di luar sana tak sedar yang tindakan ibu mungkin menyebabkan susu jadi makin kurang walhal dalam pantang tu, banyak sangat susu sampai melimpah ruah kan?

Hari pertama baby lahir, setiap 2 jam dia minum susu ibu dan badan akan auto adjust supaya MESTI produce susu cukup 2 jam…kadang kala bila cukup je masa, susu keluar sendiri tanpa baby hisap pun. Keadaan ni kita panggil let down reflex.
Jadi,

hari kedua ibu dah mula bagi susu formula sebab katanya baby nangis tak cukup susu. Penat layan kerenah baby yang tak henti-henti meragam..sumbat je susu tepung…lama tidur kan? Jadi, badan dah dapat signal supaya hanya susu selepas 5 jam.

Hari ketiga pula, makin lama tempohnya. Waktu baby tak breastfeed, ibu tak kosongkan pun breast, hari ke-4 jadual makin lama.. jadi badan dah dapat signal..”Okey..hasilkan susu hanya selepas 9 jam!” Begitulah seterusnya, makin lama susu makin sikit. Sebab tulah habis je pantang, susu dah kering. Sayang sangat-sangat tau. Badan kita dijadikan cukup sempurna. Bila nak dapat susu banyak, kerapkanlah menyusu/pam dan badan automatik akan adjust ikut keperluan (signal) yang kita/baby tentukan.

Subhanallah..indah sungguh ciptaan Allah swt kan.Sebab tu jangan sesekali cakap pada diri sendiri, susu tak cukup kerana otak kita pun akan dipengaruhi oleh apa yang kita fikir tadi.Bila dah tau punca kenapa susu ibu makin sikit, mudahlah ibu nak usaha untuk banyakkan susu.

Memang ada petua untuk banyakkan susu ibu dan makanan penggalak susu (milkbooster) yang boleh buat susu ibu jadi banyak tapi bergantung juga pada tubuh badan ibu tu sendiri dan juga sejauh mana ibu apply konsep supply on demand ni.

Vitamin Shaklee ni BUKAN untuk banyakkan susu tapi untuk bekalkan keperluan nutrisi yang cukup untuk ibu menyusu supaya badan ibu cepat recover dan sentiasa rasa cergas bertenaga walaupun ibu terpaksa berjaga malam. Bila badan sihat dan cergas, pengeluaran susu ibu akan lebih lancar dan ibu tak perlu risau badan jadi lembik dan lesu sebab anak asyik bergayut jer. Memang tak dinafikan bila makan Alfalfa atau protein ESP, tiba-tiba susu jadi banyak dari biasa. Itu hanyalah kesan sampingan yang mana semua ibu menyusu pasti suka!

Antara kesan sampingan lain yang membuatkan anda dan suami pasti teruja ialah :
a
♥Badan rasa segar, kurang penat.
♥Jarang sakit seperti demam, selsema, batuk, migrain, gastrik dan macam-macam lagi
♥Wajah dengan mood yang ceria.
♥Kulit halus dan kesan jerawat makin pudar.
♥Stretch mark di perut atau bahagian badan makin pudar.Memang diakui,macam saya sendiri baru perasan stretch mark semakin pudar selepas 4 bulan bersalin.

Dahlah badan rasa bertenaga je, susu jadi makin banyak lepas tu dapat pula bonus kulit makin halus dan cantik! Pendek kata memang suami suka sangat dengan perubahan pada isteri mereka yang amalkan set menyusu shaklee ni. Jadi, sebelum anda bercadang nak beli suplemen atau pun tak, selidik dulu punca susu ibu tu jadi makin sikit.

Bagi yang memerlukan bantuan suplemen, bolehlah hubungi saya. Setiap pembelian set menyusu shaklee akan melayakkan anda untuk dapat konsultasi penyusuan susu ibu secara percuma dari saya. In Shaa Allah saya cuba bantu sehabis baik.

Jom Sihat dan Cantik bersama Shaklee...

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Zainab Mat Rani
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot

Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini:

CARA MUDAH JADI AHLI
KELEBIHAN JIKA JADI AHLI SHAKLEE
posted from Bloggeroid