Ada juga sesetengah Ibu Bapa ambil ringan tentang pemakanan anak dan memberi apa sahaja jenis makanan kepada bayi mereka tanpa memikirkan kesan buruk kepada bayi.
Perut bayi sangatlah sensitif.Jika salah bari makan contoh makanan yang masam ke masin ke pedas ke perut bayi akan cepat bertindak balas.Contohnya bayi akan kena cirit birit,perut kembung dan lain-lain lagi.
Antara makanan yang tidak digalakkan untuk bayi yang berumur 12bulan kebawah ialah :
1 - Garam, gula dan rempah-rempah yang pedas dan kuat
Sistem penghadaman bayi belum bersedia. Anda mungkin menghadapi masalah
memberi anak anda makan makanan yang berkhasiat jika anak anda
diperkenalkan dengan rasa manis gula terlalu awal.
2 - Makanan Yang Telah Diproses
Sup, sayur dan buah-buahan dalam tin mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi.
3 - Putih Telur
Bayi boleh makan kuning telur tetapi anda perlu tunggu sehingga bayi
berumur sekurang-kurangnya setahun untuk memberinya putih telur kerana
risiko alahan putih telur adalah tinggi.
4 - Madu
Walaupun madu sangat berkhasiat tetapi ia tidak sesuai untuk bayi
berumur bawah setahun kerana boleh menyebabkan 'botulism' yang boleh
membawa kepada maut!
Botulism ialah penyakit yang disebabkan oleh keracunan makanan yang
berpunca dari toxin yang keluarkan oleh bacteria. Biasanya pada madu
yang tidak dirawat ada bakteria ini. Serangan penyakit botulsm akan
menyebabk system dalam badan menjadi lumpuh, hilang keupayaan untuk
makan (menelan) dan bernafas di kalangan bayi. Orang dewasa jarang
mendapat serangan ini kerana sistem pencernaan mereka biasanya sudah
boleh mencernakan parasit tersebut.
Walaubagaimana pun penyakit ini amat serius di kalangan bayi tetapi
biasanya mereka akan terselamat dari kejadian yang lebih buruk.
Tanda tanda awal ialah sembelit yang melebihi 3 hari di kalangan bayi.
Tanda tanda awal ialah sembelit yang melebihi 3 hari di kalangan bayi.
Serangan ini bukan hanya di sebabkan oleh polen dari madu tatapi juga
dari debunga lain atau pun habuk yang teruk yang mengandungi bakteria
itu. Satu cara bagi ikhtiar mengurangkan risiko ialah dengan memasak bahan
makanan yang di syaki ada bakteria itu sehingga 121 darjah Celcius.
5 - Makanan Laut
Makanan laut terutamanya yang bercengkerang antara makanan yang mempunyai risiko alahan yang tinggi.
6 - Air Kopi, Teh, Sebarang jenis minuman berkafein dan juga minuman berkarbonat.
Jus Buah Pekat
Cairkan dahulu jus buah dengan nisbah jus:air adalah 1:10.
7 - Gandum dan Produk Gandum
Kebanyakan bayi boleh menerima gandum (dalam bijirin, roti atau biskut)
di dalam diet mereka apabila umur mereka 6-8 bulan. Tetapi anda boleh
tunggu sehingga umurnya setahun jika anda risau akan masalah alergi.
8 - Lain-lain Makanan Yang Mungkin Bayi Alah
Tunggu hingga umurnya setahun jika keluarga anda ada sejarah alahan
terhadap apa-apa jenis makanan seperti jagung, soya, coklat. Jika
sejarah alahan adalah teruk, tunggu sehingga 3 tahun.
credit to :
credit to :
http://www.babymalaysia.com/2014/09/makanan-yang-perlu-dielakkan-bayi-6.html
Saya sendiri sentiasa memastikan bayi saya tidak terdedah dengan makanan yang tidak sesuai dengan mereka.Setiap hari saya akan memasak bubur nasi untuk dia.Nak masak bubur pun bukannya susah...senang jer.Setiap hari menu saya mesti berbeza-beza supaya mereka tidak mudah jemu.Apa-apa pun,saya juga mengambil beberapa supplement penting untuk memastikan susu badan lebih berkhasiat dan badan juga lebih sihat dan bertenag
Okey,semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk anda semua..