Assalamualaikum Dan salam sejahtera,
Sejak bergelar surirumah ni banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk buat yang terbaik kepada Suami Dan Anak Anak.Kadang tu,memang tidak cukup tangan nak buat semua kerja.Lagi lagi jika ada baby kecik Dan pulak kita ni seorang WAHM ( work at home mum ).Jika tidak urus kan masa dengan betul memang semua akan jadi kelam kabut Dan semua kerja tidak menjadi. Haa itu lah buat kan badan kita lagi penat Dan stress.
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat.
Menguruskan anak dan diri sendiri dengan betul boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk mulakan hari dengan mood yang baik.
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips penting untuk memudahkan kita menguruskan keluarga dengan lebih teratur supaya setiap pagi tidak menjadi kelam kabut.
1) Siapkan pada waktu malam
Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.
Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.
Sama jugak dengan kasut sekolah,letak siap siap kat depan pintu sekali dengan stokin.
2) Bangun awal pagi.
Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang tidak dijangka, seperti anak muntah dan anak membuang air besar serta perlu di cuci.Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap.
Jadi,bila ada lebih masa kita juga akan tenang Dan tidak kelam kabut.Anak Anak tengok kita pun tidak berserabut hihi.
3) Tenang-tenang Dan rilek
Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.
Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 - 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
Dan dan dan yang penting perlukan kesabaran tahap yang maksimum.
4) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.
Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.
5) Kekuatan Spiritual dan Mental
Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah swt paling penting untuk elak stress.Selalu beristighfar sepanjang masa.
Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat "Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya"
Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan "MASALAH" dengan "CABARAN". Perkataan "Masalah" menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.
Semoga ia bermanfaat ! Sebagai ibubapa penting untuk kita berikan yang terbaik buat mereka ..

Gambar Hiasan bersama anak Anak di Tepi sawah padi yang sangat Cantik ! |
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat.
Menguruskan anak dan diri sendiri dengan betul boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk mulakan hari dengan mood yang baik.
Disini saya ingin kongsikan beberapa tips penting untuk memudahkan kita menguruskan keluarga dengan lebih teratur supaya setiap pagi tidak menjadi kelam kabut.
Antara tips yang membantu saya: