Wednesday 16 December 2015

Apa itu Chicken Pox Dan Macam Mana nak Rawat dengan Mudah

Bila sebut aje chicken pox pasti orang tahu.Owh ini biasa jer,semua orang pasti akan kena ni sebab Chicken Pox sangat familiar dikalangan kita.Seorang mesti akan kena sekali seumur hidup atau 2 Kali.Ada yang 3 Kali pun ada.Bergantung pada hormon masing masing.

Jom kita kenal Chicken pox lebih LANJUT.


Syifa Dan Chicken Pox Teruk 



Apakah itu chicken pox ?


Chicken pox atau cacar air ialah sejenis jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan yang senang berjangkit dan boleh merebak daripada seorang ke seorang yang lain.

Mereka yang telah dijangkiti virus chicken pox biasanya tidak akan berjangkiti semula kerana ia telah menghasilkan pelalian seumur hidup, tetapi mereka terdedah kepada jangkit virus kayap(shingles) jika sistem imun badan mereka lemah di kemudian hari.


Bagaimana chicken pox atau cacar air berjangkit?


Chicken pox atau cacar air berjangkit dan merebak melalui dua cara, iaitu udara dan sentuhan.

Chicken pox atau cacar air berjangkit melalui udara apabila seseorang yang dijangkiti itu mengalami batuk atau bersin. Jangkitan melalui sentuhan pula merebak dari titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.



Adakah ciri-ciri Chicken Pox ini ?


Bintik besar/ kecil berair, gatal, dan  kebanyakannya sembuh tanpa meninggalkan parut kekal. Ia selalu tumbuh di seluruh badan termasuk muka, kepala, tangan, kaki, dimana saja diseluruh badan malah boleh jadi di dalam mulut dan telinga juga.


Bagaimana ia Boleh berjangkit?


Ia berjangkit melalui sentuhan terus, pesakit batuk atau bersin. Biasanya lepas dua hari virus berjangkit, bintil mula kelihatan. Semasa bintik sedang pesat membangun inilah ia mudah berjangkit dan sebaik sahaja ia kering, risiko jangkitan berkurangan. Keadaan bintik pesat membangun ini selalunya mengambil masa 6 hari (paling lama 2 minggu ada juga 1 bulan)

Simptom lain:
Demam, muntah dan loya, hilang selera makan, gatal dan tidak selesa, sakit otot dan sakit kepala. Simptom juga berbeza antara individu.


Jangkitan pada ibu hamil


Ibu hamil (dalam usia 6 bulan pertama kehamilan) yang terkena virus ini, boleh menjangkiti fetus dalam kandungan. Pada trimester ketiga pula, ibu akan menderita adverse effect kepada jangkitan ini. Jika ibu hamil ada mengambil immunisasi atau pernah terkena sebelum ini, antibodi yang terhasil boleh dipindahkan kepada fetus melalui placenta. Jadi, ibu dan fetus tidak akan terjangkit virus tersebut.






Sebenarnya agak bahaya jika ibu hamil terkena jangkitan virus ini dan ia boleh membawa komplikasi lebih teruk khususnya kepada bayi dalam kandungan.


Rawatan dan pencegahan Jika Kena Chicken Pox


1. Jika boleh kuarantin mereka yang terkena virus daripada bercampur dengan orang yang sihat
2. Asingkan juga pakaian, mainan dan apa saja yg dikhuatiri terkena pesakit
3. Mandikan pesakit dua kali sehari
4. Potong kuku untuk mengelakkan luka semasa menggaru
5. Pastikan kebersihan persekitaran rumah
6. Virus ini mudah dimusnahkan hanya dengan detergent dan haba panas


Bagaimana merawat chicken pox dengan Shaklee


Saya selalu berikan anak saya makan vitamin C chewable setiap hari untuk kesihatan sistem imun anak. Dan semasa kena DEMAM chicken pox saya tambahkan dos kepada 2 biji pagi Dan malam.

Boleh juga berikan anak yang sakit Nutriferon dan Meal Shakes untuk mempercepatkan pemulihan.

Saya mandikan beliau dengan Basic H Shaklee 2 kali sehari. Basic H membantu membunuh kuman, virus dan bakteria dan ia sangat bebas bahan kimia berbahaya dan tidak merengsakan.

Pakaian yang susah dipakai asingkan dan direndam dalam air panas dahulu sebelum dibasuh.

In Shaa Allah cepat kesannya.

Jadi nasihat saya, simpan dirumah sekurang-kurangnya ada Nutriferon dan pencuci natural serbaguna Basic H untuk mencegah jangkitan virus dan bakteria.

Mencegah lebih baik daripada merawat!