Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera..
Lama sangat dah saya tak update entri dalam blog ni.Ya Allah banyak sangat ujian dan cabaran yang ku terima sejak 2 menjak ni.Tapi aku tetap bersyukur dengan apa yang ada.
Minggu lepas baby saya Syifa dimasukkan ke wad kecemasan kerana demam terlalu panas dan nafasnya terlalu laju.Lagipun,masa tu hari ketiga dia kena demam,badan dia terlalu lemah hinggakan dia tak menangis langsung,tak bermaya.Doktor ambik darah banyak kali kat tangan kaki pun dia tiada respon langsung.
Masa tu ramai doktor datang tengok Syifa sebab mereka kata ada something tak kena dengan baby awak ni.Puan bersabar ye..Masya Allah,Tuhan saja yang tahu perasaan ibu melihat anak mereka tak bermaya,badan dipenuhi dengan wayar-wayar.
Terus jadi sihat bila dapat mainan masak-masak.Hadiah dari Mok Da..Terima kasih Mok Da !!! |
Dipendekkan cerita,keputusan darah dan X-tray Syifa didapati ada kuman dalam paru-paru dan darahnya kurang zat besi,tekanan darah pun sangat rendah.maknanya seminggu jugakla kami bermalam di wad sebab doktor nak pantau masalah Syifa dan kena habiskan ubat antibiotik.
Masalahnya sekarang ni memang terlalu ramai sangat yang kena demam dan batuk-batuk tak kira kanak-kanak mahupun dewasa.Apa punca sebenarnya?Jom ketahui apakah maksud demam.
Apa itu DEMAM ?
" Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan.Apabila mereka menemui sesuatu yang asing seperti virus, bakteria atau fungus mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin.
Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan, memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secara langsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman"
Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar.
Berapakah suhu badan yang NORMAL bagi seorang bayi?
Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar.
Sebab itu jika anda perasan, bayi kebiasaanya akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.
Apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan bayi tersebut meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat.

Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan maka bawalah bayi untuk pemeriksaan lanjut.
1 ) Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.
Cara untuk mengesan bayi Demam biasa atau Luar Biasa
1 ) Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75%). Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia 3 tahun.
2 ) Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang 5 minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil.
Selalu awasi suhu badan anak anda !! |
3) Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang meronta-ronta.
Cara untuk Merawat Bayi Demam Terlalu Panas Sebelum kena Sawan
Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah merawat demam :
* Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada 8 minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan.
Paracetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia 2 bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
* Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam) atau jangan pakaikan apa-apa baju ketika badan dia terlalu panas.
* Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
* Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula . Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
* Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda - biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
* Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
* Jangan biarkan anak anda kelaparan - bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

sumber : sihatselalu.com.my
Antara altenatif lain untuk merawat anak-anak yang sering demam dan tidak aktif ialah berikan mereka vitamin tambahan atau supplement yang sesuai untuk membantu mereka lebih sihat dan cergas.