Thursday, 10 July 2014

Vitamin C & Khasiatnya

Antara produk Shaklee yang paling digemari peminat vitamin ialah Sustained Release Vitamin C..
Jika sapa2 yang muka berjerawat tu..haruslah dapatkan Vitamin C nie sebab ianya memang membantu mengecutkan jerawat..Caranya senang sangat..biasanya saya telan 1 bji je setiap malam..tapi kalau jerawat tumbuh hari tu saya patahkan dua..Supaya ia lebih cepat bertindak..Kerana vitamin C shaklee ni adalah sustaince release iaitu vitamin c dilepaskan perlahan-lahan dalam badan kan. 
Memang bagus pun kalau yang jenis sustaince release sebab vitamin c sangat cepat musnah daripada badan kita maka badan susah untuk simpan vitamin c. Jika kita ambil vitamin c sustaince release maka dapat membantu bekalan vitamin c yang berterusan untuk kita.

Korang cubalah, patahkan vitamin c ni ambil sebiji sebelum tidur. Nescaya pagi besok cepat je kering jerawat tu. Kulit pun rasa mulus je. Saya dah cuba, anda bila lagi? Kalau na tambah lagi keberkesanannya, buat masker vitamin c. Memang terbaik dari ladang..



Khasiat Vitamin C

  • Meningkatkan sistem imun badan. Bagi yang selalu kena sakit-sakit atau asyik selsema, bolehlah mencuba jadikan vitamin c sebagai rutin dalam pemakanan harian anda.
  • Membantu penyembuhan luka
  • Membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik. Maka dengan itu adalah amat baik mengambil makanan atau supplement yang mengandungi zat besi bersama-sama dengan vitamin C.
  • Selamat kerana walaupun kita mengambilnya terlebih, ianya akan keluar bersama urine nanti sebab ianya adalah sejenis vitamin larut air.
  • Antioksidant yang bagus. Funsi antioksidan adalah untuk melawan radikal-radiakl bebas yang menyerang dan merosakkan sel-sel badan. Bila dilindungi oleh Vitamin C, maka tiadalah kerosakan yang berlaku.
  • Diperlukan untuk pembentukan kolagen pada badan. Kehilangan kolagen membuatkan kulit kita hilang keanjalannya dan pastinya akan nampak tua dari usia sebenar.
  • Ianya juga bertindak sebagai "antihistamine" di mana adalah penghalang "allergies". Sebab itu ianya sangat ideal diamalkan juga oleh mereka yang menghidap resdung.
  • Vitamin C berupaya merendahkan kandungan plumbum dalam darah terutamanya bagi mereka yang merokok! Jadi perokok sekalian, haruslah wajib mengambil vitamin c ye.
Ingin mencuba Vitamin C dari Shaklee?

SAYA NAK ORDER VITAMIN C

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Wednesday, 9 July 2014

Kelebihan Vitamin C

Vitamin C Shaklee



Di Shaklee, vitamin C dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.
Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Vitamin C, vitamin antara paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.



Kelebihan Vitamin C

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untukbina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatifatau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.


6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.


7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C bolehmengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.



8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.


9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi butadikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.


11. Tenaga.

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsiadrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.


13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.


14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadigebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.


17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkankeanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.




18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.


19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin Cmembantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.


21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.


22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untukmengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.


23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.




24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.


Dapatkan Vitamin C Shaklee Anda Hari ini.

Harga : RM92.50 (180biji)
Tahan sehingga 6 bulan. 


JIka berminat nak dapatkan Vitamin C boleh hubungi saya di :
FB : Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954394


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Resipi ESP yang lebih Sedap

Rata2 ramai yang menggemari ESP nie..dek kerana rasanya yang sedap..Saya sendiri yang tak gemar minum soya @ mana2 susu tepung boleh minum ESP dengan seadanya..hihi..Sebab ia tiada rasa hamis @ bau yang memuakkan..tapi ada yang tak suka ESP akan kata Rasa nak muntah la minum ESP ni.. tak habis2 lagi..tapi kalau minum ni memang rasa kenyang sampai ke petang.
Bagi penggemar ESP pulak saya nak share resipi ESP yang pelbagai rasa...ianya flexibel okey...
Sapa yang sesuai minum ESP nie??Kalau nak tau.klik kat SINI

Khasiat ESP

Nak rasa lebih sedap & mengujakan..korang boleh cuba resipi seperti dibawah :
  • ESP + plain water (suam/sejuk)
  • ESP + Fresh Milk
  • ESP + Fresh Milk + kurma 
  • ESP + susu tepung 
  • ESP + Performance Drink Shaklee + Meal Shake Shaklee
  • ESP + Nesvita 3in1
  • ESP + jus twister tropicana
  • ESP + Yogurt drink
  • ESP + Ribena
  • ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  • ESP + Milo/Horlicks
  • ESP + sirap bandung
  • ESP + fresh milk + oat+serbuk koko+madu (ni resipi Dr Muhaya)
Kan banyak tu.sume boleh. cume yang tak boleh,..JANGAN di bancuh dengan air pans. tu je..

Dan ESP ni jugak bukan untuk orang perempuan je malah boleh diminum seisi keluarga selain baby ye. Bagi je kat mereka ni:

1.  Orang yang ingin kekal sihat.
2.  Orang yang lanjut umur, yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga.
3.  Kanak-kanak bersekolah
4.  Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5.  Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan

Macam saya jenis yang tak suka susu tepung nie:
2sb ESP+1sb MILO + 1sb HORLICK + 1sb mealshakes
Saya blend bersama ais.yum...yum..yummy...
Dah siap..sedap,menyegarkan & yg penting sangat berkhasiat..semua keluarga boleh nikmatinya..


P/S : Jangan dibancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP ini.


Jika berminat nak dapatkan ESP sekarang..boleh hubungi :
FB : Zainab Mat rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 01-3954394

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/

Tuesday, 8 July 2014

Energizing Soy Protein ( ESP )

ESP???

Apa itu ESP??

Maksudnya = Energizing Soy Protein




Kat luar tu..masing2 dok sebut2 ESP..ESP..hebat sangat ke ESP nie?
Harga pun boleh tahan la kan...tapi bila kita tahu betapa banyaknya khasiat yg ada dalamnya..confirm!!!
Lepas nie,mesti nak repeat order lagi...percayalah..
Pada sapa2 yang masih ada ibubapa...sesuai sangat lah nk bg mereka mencuba ESP nie..

Nak tahu lebih lanjut mengenai ESP??
Meh sini nak citer serba sedikit pasal ESP nie..



Jom kongsi khasiat ESP

# Membekalkan tenaga
# Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi 9 asid amino penting ini sesuai ...untuk seisi keluarga.
***Setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan untuk hati yang sihat***



~~~~~~~~~~~~
Perbezaan Shaklee
~~~~~~~~~~~~

* Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol.Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen kami dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Fungsi Energizing Soy Protein

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*membina dan perbaiki sel-sel tisu badan enzim dan hormon
kehamilan, penyusuan, stress, pertumbuhan dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti
rambut, kuku dan kulit adalah daripada protein, protein berkualiti membantu memperbaiki kesihatan dan meningkatkan pertumbuhan yang baik
protein adalah kunci asas imun melawan jangkitan
memberi tenaga
membantu mencantikkan, menegangkan, menganjalkan kulit
membantu memekatkan dan perbanyakkan susu

Sesuai untuk semua lapisan:


1. Ibu-ibu yang sibuk: ESP membantu
memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.

2. Wanita yang ingin menguruskan
badan: Hanya bancuhan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberikan
rasa kenyang yang lebih lama. Tiada lagi sarapan yang berat-berat!

3. Ibu-ibu yang menyusu anak:
Membantu memperbanyakkan dan mengekalkan permintaan (supply) susu di samping
digabungkan dengan pengambilan air yang secukupnya serta proses pengepaman susu
yang konsisten.

4. Pesakit kencing manis: Mempunyai
indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan
mengawal paras glukosa.

5. Wanita yang mementingkan
penjagaan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan
kulit muka halus-mulus, gebu dan berseri untuk tatapan si dia yang tersayang.
WOW…!!!

DAN lelaki, wanita, tua, muda, ibu
mengandung, ibu menyusu, pesakit diabetes, selepas pembedahan, kesuburan,
kecantikan, ibu berpantang, yang berdiet, ingin tambah tenaga. Pendek kata,
anda, saya, kamu dan dia yang sihat dan ingin kekal sihat. In shaa-Allah...dgn izinNya..

Siapa Yang Boleh Ambil ESP nie?
Semua boleh ambil ESP nie..digalakkan dari umur 12thn keatas...

 Ibu menyusu
Ibu hamil
Ibu dalam pantang
Mereka yang menghadapi kulit kusam, kering
Mereka yang ingin membina otot (body builder)
Mereka yang baru menjalani pembedahan - perbaiki sel, enzim, horm
Mereka yang ada gastrik
Mereka yang ingin menurunkan berat badan

Macam saya jenis yang tak suka susu tepung nie:
2sb ESP+1sb MILO + 1sb HORLICK + 1sb mealshakes
Saya blend bersama ais.yum...yum..yummy...
Dah siap..sedap,menyegarkan & yg penting sangat berkhasiat..semua keluarga boleh nikmatinya..

 P/S : Jangan dibancuh dengan air panas kerana ia boleh merosakkan zat yang ada di dalam ESP ini.Hanya guna air suam @ air sejuk jer..


Jika ada yg berminat nak dapatkan ESP @ lain2 Supplement natural nie..boleh hubungi saya di :
FB : Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954394

Cara penyusuan bayi dengan betul

Assalamualaikum wbr & Salam Sejahtera buat semua..
Minggu lepas saya pergi klinik kesihatan untuk check up Syifa yang genap sebulan..Sambil menunggu giliran yang agak lama tu macam2 karenah/ragam yang dapat dilihat..ermmm..

Yang menarik minat saya untuk update entry kali nie ialah ada seorang hamba Allah nie..ibu muda lagi..baru anak pertama,bila tengok cara dia menyusu kat anak dia tu memang kesian sangat sebab anaknya tidak selesa & asyik menangis jer.Mau tak nangis baby tu dah hidungnya ditutup dengan breast maknya & dia tidak masukkan puting susu dengan betul..Dah Nurse kat klinik tu datang & ajar dengan cara yang sebenar..barulah baby tu senyap..dah tak nangis dah..

Oleh kerana ramai ibu2  yang masih belum tahu mengenai teknik menyusu dengan betul..saya sediakan cara2 yang sebenar untuk penyusuan ibu.

Cara masukkan kolustrum dengan betul
TEKNIK2 PENYUSUAN IBU YANG BETUL

Kedudukan Badan
• Pastikan anda selesa dimana bayi anda didukung dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.
• Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi anda sehingga susah bayi mencapai puting untuk menyusu dan jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi anda.
• Gunakan bantal atau kusyen untuk bersandar atau merehatkan kaki bagi menyokong anda dan bayi semasa penyusuan.
Cara Medukung Bayi
• Kepala, tengkuk dan tubuh bayi dalam keadaan selari.
• Muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.
• Bayi rapat dengan ibu dimana punggung, kepala dan bahu bayi diampu.
Cara Memegang  Payudara
• Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.
• Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.
Cara Penyusuan
• Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas
• Gerakkan badan bayi ke arah payudara
• Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)
• Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.

Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi - Posisi Penyusuan Bayi


Posisi Dakapan
• Ibu duduk dengan badan bayi disokong sepanjang lengan dan kaki dibalut longgar.
• Ibu memangku bahu bayi dan memegang kepalanya.
• Pastikan ruang mencukupi bagi bayi tanpa membongkokkan kepala ibu ke hadapan untuk menyusukannya.
Posisi Football Hold
• Ibu duduk memangku bayi dengan lengan dimana muka dan kepala bayi menghadap payudara.
Posisi Beralih Payudara
• Bayi dipangku sepanjang lengan dan ibu juga boleh menukar pegangan bayi dengan beralih payudara. Ibu juga boleh mengawal kepalanya.
Posisi Baring
• Bayi baring mengiring menghadap ibunya. Seluruh badannya melekap dekat ibu.
Teknik Menyusukan Bayi Susu Ibu Kepada Bayi Pasangan Kembar


• Bayi kembar boleh menyusu pada kedua-dua payudara pada masa serentak.


Jika ada yg berminat nak dapatkan SET TAMBAH SUSU @ lain2 Supplement natural nie..boleh hubungi saya di :
FB : Zainab Mat Rani
Page : ZnZ Abadi Store
Email : zulzai05@gmail.com
Phone : 017-3954394

Tips mudah untuk ibu2 yang bekerja dari rumah.

Tugas sebagai seorang wanita,isteri,ibu memang berat..ramai ibu2 kat luar sana tu merungut & meluahkan rasa penat/tak sempat nak menguruskan rumahtangga sepenuhnya.Lagi penat jika ibu2 yang bekerja di luar waktu siangnya..malam kerja dirumah..Ramai jugak ibu2 yg bekerja sambilan dirumah untuk menambah pendapatan sampingan..ianya sangat mudah kerana bekerja dari rumah sambil bermain dengan anak2..tetapi keadaan akan menjadi parah @ STRESS jika tida dapat menguruskan masa dengan betul

STRESS

Disini saya kongsikan beberapa tips mudah untuk ibu2 gojess semua.

Tips ibu bekerja dari rumah:

❤️* Masa anda adalah fleksibel. Namun begitu boleh juga anda tetapkan di ruang waktu bila anda boleh buat kerja yang ditetapkan. Contohnya dari seawal subuh sehingga jam 10 pagi, anda sudah siap menyapu rumah dan memasak. Maka antara waktu itu bolehla anda uruskan mana yang menjadi prioriti dahulu mengikut kesesuaian anda sendiri.

❤️* Jangan stress jika sesuatu yang dirancang tidak sempurna sepertimana impian anda. Contohnya hari ini mesti basuh 5 bilik air. Tapi jika keadaan anda tidak mengizinkan, maka jika berjaya bersihkan 3 bilik air sudah memadai, bakinya sambung di hari lain. Fikirkan mudah sahaja dan enjoy menikmati hari-hari wahm anda.

❤️* Untuk urusan bisnes anda, hanya anda sahaja tahu bila waktu yang sesuai untuk anda luangkan masa. Contohnya anda boleh buka laptop hanya apabila masa anak tidur. Semasa anak tidak tidur maka segala urusan boleh dilakukan hanya dengan telefon pintar (smart phone) sahaja. Jangan pula anda fikirkan anak menjadi sebab untuk anda tidak boleh berjaya kerana mereka kan anak-anak syurga. Sambil layan anak, tidak semestinya anda tidak boleh buat perkara lain juga.

❤️* Enjoy dengan setiap momen setiap hari. Andalah orang pertama yang akan melihat perubahan anak, perkembangannya dan tingkahlakunya. Maka seharusnya anda rasa bertuah kerana tidak semua ibu mempunyai peluang seperti ini.

Hakikatnya hidup seorang wahm dari kacamata saya adalah sangat-sangat indah. Kita bukan sahaja dapat menjaga anak-anak sendiri malahan juga dapat membantu ekonomi keluarga dengan hasil usaha kita dari rumah. Nak jadi WAHM tapi tidak tahu caranya?Anda boleh KLIK DISINI..kalau nak tahu lebih lanjut..


Credit to:
http://permatacintaku.blogspot.com/2014/06/hakikat-status-seorang-wahm.html?m=1

Friday, 4 July 2014

Resipi Roti Cheese Prego

Assalamualaikum wbr & salam Ramadhan..
Oleh kerana bulan puasa nie..kepala asyik duk fikir makanan jer..perut kosong macam2 yang teringin nak dimakan..
Dalam freeze ada daging burger,cheese slice,mayonis..duk fikir nak buat apa yer???Roti gardenia pun ada..searchla kat google nak masak apa..saya suka resipi yang simple & sedap..So,jumpalah Roti Cheese Prego.. nama asalnya lain..tapi lupa pulak nama sebenarnya..bila search balik tak jumpa..Anyway,thanks a alot pada yg empunya resipi..

ROTI CHEESE PREGO

Bahan2 yg diperlukan :
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Marjerin
Sos Prego
Daging Burger
Cheese slice/Cheddar
Telur
Susu Segar/Cair
RotiGardenia

Cara2 buat inti :
Tumiskan bwg putih,merah,halia
masukkan daging burger-tunggu masak dulu baru masukkan sos prego
masukkan garam & perasa..
Tunggu hingga inti dah masak & garing..
Siapppp...


Cara2 melapis :
Letakkan marjerin sebagai ganti minyak..lagi sedap & masin2 sikit
Panaskan pemanggang ajaib
Susun roti..letakkan inti,cheese..lapikkan roti..
Kat bahagian atas tu terpulang nk letak cheese@tidak..
Letakkan bancuhan telur & susu cair kat bahagian atas roti..
Tutup & masak dengan api perlahan

nampak menyelerakan x?
Tarraaaa...dah siappp

Dah siap dipotong dan sedia untuk berbuka..jika dimakan panas2 lagi sedap garing & cheese masih meleleh lagi...
p/s : tak perlu nakscema ikut resipi bulat2 tau..leh pelbagaikan
Okeyla selamat mencuba..saya pun dah nak masuk dapur lak nie..hari nie nak masak meatball pulak..hihi
Mintak maaf jika ada kekurangan..tengah taip cepat2 nie nak kejar ke dapur & baby lak nak menyusu..

Bye..jumpa lagi di lain resipi yg menarik,sedap & yang penting senang dimasak !!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Berminat? Hubungi, Whatsapp atau SMS saya di 017-3954394 Fanpage : ZnZ Abadi Store http://znzabadistore.blogspot.com/