Pages

Thursday 17 November 2016

Resepi Ayam Goreng Berempah.Kami Makan Sampai licin ke tulang !!

Assalamualaikum..hai ibu ibu gojes semua..Saya tau korang mesti tengah pening nak masak apa untuk tengah hari nanti kan.Anak anak suka sangat makan ayam goreng.Tapi kalau setiap hari duk goreng ayam kunyit jemu pulak rasa betul tak?

Saya seorang WAHM (work at home mum) bukan surirumah semata mata tau.Maknanya saya buat bisnes dari rumah.Saya hanya buat bisnes Shaklee sambil sambil jaga suami dan anak anak.Sentiasa kena fikirkan apa menu untuk setiap masa.Kami sekeluarga jenis suka makan,tak kira apa jenis menu yang saya masak alhamdulillah anak anak dan suami suka.Opsss,membebel ke lain dah kenapa saya ni.

Okey,kembali pada tajuk ayam goreng tadi.Oleh kerana,menu wajib kami mesti ada ayam goreng,jadi saya kena tukar menu atau cara masakan ayam goreng tu.Resipi kali ni saya dapat dari sumber group telegram.Bila dah cuba sekali alhamdulillah memang sedap sangat.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

1 inci halia
5 batang serai

1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)
ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.Toskan dan Siap



Anda semua wajib mencuba tau..Moga keluarga kita semua diberkati dan dilindungi oleh Yang Maha Esa😘

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment