Bila bulan ramadhan ni,tetiba teringat masa kerja kat ofis dulu.Bila masuk pukul 11 pagi,mata dah mula buat hal.Tak boleh nak bukak..Biasa kalau tak puasa ada saja makanan yang dikunyah.Tiadalah mengantuk sangat.Dalam hati fuhh tak sabarnya nak pergi surau nak tidur. Saat yang paling bahagia rasanya dapat tidur tengah hari kalau puasa ni.
Tapi itu dulu,masa kerja dulu.Sekarang kalau mengantuk sangat bila bila masa boleh tidur.Dapat lelap 5 minit pun dah memadai..Kualiti tidur yang bagus amatlah penting, terutamanya bagi yang bekerja di pejabat. Ini kerana corak tidur seseorang kadangkala akan mempengaruhi cara kita membuat keputusan dan juga mempengaruhi mood kita sepanjang hari.
Tabiat tidur yang tidak bagus akan menyebabkan rasa mengantuk yang melampau di siang hari.Untuk anda yang seringkali mengalami masalah mengantuk di siang hari,saya nak kongsikan tips supaya anda tidaklah mengantuk sangat kat tempat kerja..kan
1) Bersenam
– Lakukan senaman ringan dan adalah lebih baik dilakukan di luar kerana menurut pakar, cahaya matahari amat membantu. Oksigen yang dihirup ketika bersenam boleh menyegarkan badan dan menghilangkan rasa mengantuk.
2) Tidur malam yang cukup
– Pastikan anda mendapat tidur yang cukup di malam hari supaya dapat kekal cergas dan produktif di siang hari.
3) Waktu tidur dan bangun pagi yang konsisten
– Disiplinkan diri anda untuk tidur dan bangun pagi pada sekian-sekian jam. Contohnya tidur pada pukul 10 malam dan bangun pada pukul 6 pagi setiap hari. Dengan ini, anda akan melatih diri anda menyesuaikan diri dengan corak tidur yang lebih sihat dan berkualiti.
4) Tidur lebih awal
– Jika anda seorang yang suka berjaga malam, latih diri anda untuk tidur lebih awal dari yang sepatutnya. Mulakan dengan tidur 15 minit lebih awal setiap hari secara berperingkat-peringkat selama seminggu. Corak tidur yang bagus akan dapat mengelakkan masalah mengantuk di siang hari.
5) Diet pemakanan yang sihat
– Pastikan anda mengambil sarapan dan hidangan tengahari yang sihat setiap hari. Makan terlalu banyak sehingga terlalu kenyang juga boleh menyebabkan kita mengantuk. Pada malam hari, pastikan hidangan terakhir yang anda makan diambil 3-4 jam sebelum waktu tidur.
6) Katil hanya sebagai tempat tidur
– Pastikan anda hanya baring di katil anda untuk tidur sahaja. Jangan bawa handphone, tv, radio, makanan atau minuman ke katil anda. Anda perlu tahu perbezaan antara rasa mengantuk dengan rasa penat. Hanya baring di katil jika anda rasa mengantuk. Jika ini diamalkan secara berterusan, lama-kelamaan anda akan menjadi lebih mudah untuk tidur dan akan menjadi lebih bertenaga pada hari yang berikutnya.
7) Elakkan tidur petang
– Seboleh-bolehnya elakkan tidur pada lewat petang kerana anda mungkin susah untuk tidur pada waktu malam nanti. Seterusnya terus berjaga sehingga lewat malam dan boleh menyebabkan mengantuk di keesokkan siangnya.
8) Minum kopi atau teh
– Jika anda sangat mengantuk di siang hari tetapi terdapat banyak tugasan yang perlu dilakukan, bolehlah minum secawan kopi atau teh untuk menyegarkan mata anda. Cinch tea Shaklee amat bagus untuk menangani masalah mengantuk ini.
9) Jumpa doktor
– Jika keadaan anda amat serius sehingga terpaksa tidur sebentar beberapa kali di siang hari walaupun telah mencuba tips-tips di atas, dicadangkan supaya anda pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Semoga tips diatas dapat membantu anda dari rasa mengantuk yang melampau.
Salam Ramadhan untuk semua.

posted from Bloggeroid
Teringat waktu kerja dulu mesti tidur at least 15 minit sebelum zohor. alhamdullilah mmg rasa lebih segar. Bab cinch tea tu setuju sgt bantu hilang ngantuK. dahlah less caffein, i loike!;)
ReplyDeletecara saya tidak mengantuk ketika berpuasa minum pd, esp, kurma dan air..mudah bulan puasa ni x masak sahur.
ReplyDelete