Setiap kali tibanya bulan ramadhan,ada 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan iaitu Puasa dan Gastrik.Kenapa saya cakap begitu?sebab bila menjelang sahaja bulan puasa kes pesakit yang datang ke klinik dan hospital disebabkan gastrik akan lebih meningkat. Ini disebabkan disiplin makan yang salah beberapa minggu sebelum dan ketika bulan puasa.
Gastrik ialah keadaan di mana jus usus dirembeskan dalam perut dan menghakis dinding perut serta menyebabkan radang pada dinding perut berkenaan. Untuk orang awam, gastrik biasanya disebut sebagai ‘angin’.
Biasanya, pesakit akan mengalami pedih pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian tengah atas abdomen yang terletak di bawah tulang rusuk. Pedih ini juga dikatakan ‘merebak’ ke bahagian tengah dada dan digambarkan seperti rasa ‘terbakar’ pada bahagian itu.Sakit ini juga boleh dirasa hingga ke bahagian belakang badan. Selain itu, pesakit akan sendawa dan membuang angin dengan banyak berbanding kebiasaannya. Pesakit juga mengalami pening, loya, muntah.
Penghidap gastrik yang kronik biasanya dinasihatkan untuk tidak berpuasa kerana boleh memudaratkan diri. Tentu merunsingkan anda kan? Ibadah puasa tidak dapat dijalankan dan perasaan rugi yang amat sangat. Pulak tu, kena ganti balik. Antara sebab gastrik yang utama ialah amalan waktu makan yang tidak teratur.
Seringkali penghidap gastrik terpaksa minum air susu terlebih dahulu apabila diserang gastrik. Penghidap gastrik yang terus menjamah makanan lain apabila kelaparan biasanya akan mengalami kesakitan perut yang teramat sangat.
Antara Punca-Punca Berlakunya Gastrik
Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen.
Pengambilan alkohol yang berlebihan.
Pengambilan kokain.
Merokok.
Stress.
Gangguan auto-imun.
Radiasi dan kemoterapi.
Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun.
Pengaliran semula hempedu ke dalam perut.
Rembesan asid gastrik yang berlebihan.
Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya.
Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
TIPS PENCEGAHAN GASTRIK SEPANJANG BULAN PUASA
Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
Bersahurlah pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur.
Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati.
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur.
Oleh itu, makanlah antara 3 hingga 4 jam sebelum tidur.
Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
Elakkan makanan yang berlemak.
Hindari sesetengah sayuran yang mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya.
Bersahurlah dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.
Segala percaturan Allah swt adalah benar dan kita sebagai hambanya hanya perlu taat dan patuh dengan perintahNya.Semoga segala amal kita diterima oleh Yang Maha Esa...

posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment