Pages

Friday 12 July 2013

Hebatnya Zikir Ya Wahhab

Kehebatan Zikir YA WAHHAB

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya Allah...Hebatnya kuasa zikir Ya Wahhab...
Masa saya mula2 start mengamalkan zikir ni saya tertanya2 apakah maksud Ya Wahhab..kenapa penting zikir Ya Wahhab ni...haa sila tgk bawahnyer!!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRcFhoDUATk2-UsGkmPm3TeYWzbTm9NJ-cv-PohAgIgBA1haQ9zyAdBap-0VuMMd8-2E8hFML__Ok5PvIqgFHdMz9XEJ9_0nC9vLl9svXjlt48enfUYTPSkwZviycK6VfSAQS31HdG-CHc/s1600/al-wahhab.jpg

Kehebatan zikir ini is very amazing. Alangkah hebatnya zikir al-wahhab ini.
Rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar.

Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa hepi, ada masa rasa grumpy, tapi kena set kat otak – “xmau layan cas –Ve” – Banyak lagi cas +Ve yang perlu kita praktis.

Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.

Maksudnya:
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

1-Menjadi terkaya dan terkenal
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

2-Permintaan dimakbulkan
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

3-Mencari pekerjaan
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

4-Membayar hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.

5-Menjauhi kelaparan
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.

6-Dimakbulkan doa
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.

7-Membebaskan diri
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita.


Marilah kita sama2 amalkan zikir Ya Wahhab nie...sangat simple dan senang..Boleh dibaca dimana sahaja..tgh masak ke,tgh keje ke,tgh drive ke,mcm2lah..daripada duk cakap yg bukan2 tu,lebih baik kita amalkan nie..

Okeyla...selamat beramal...

No comments:

Post a Comment