Untuk nak tahu lebih lanjut apa punca-punca masalah tangan berpeluh ni,saya cuba cari dalam google dan ini jawapannya.
Apakah Punca Masalah Tapak Tangan Berpeluh | Palmar Hyperhidrosis
Simptom tapak tangan berpeluh ini bukan perkara biasa yang berlaku dalam
kehidupan seharian kita, Apabila tapak tangan sentiasa berpeluh
kehidupan seharian akan terganggu malah lebih teruk lagi ia akan
memberikan kesan emosi yang berpenjangan seperti tekanan perasaan dan
kurang keyakianan diri untuk berurusan dengan orang ramai.
Merujuk kepada guru-guru yang mengajar saya, jika tapak tangan lembab ia
ada kaitan dengan masalah usus. Jika basah ianya berkaitan masalah
hormon atau jika basah tahap lencun ianya sudah berkaitan dengan
jantung.
Pengeluaran peluh yang berlebihan dalam istilah perubatannya disebut
sebagai ‘hiperhidrosis’. Biasanya keadaan itu berlaku apabila seseorang
memasuki alam remaja atau belia. Selain gangguan secara fizikal,
hiperhidrosis juga boleh disebabkan oleh faktor psikologi (perasaan
cemas/panik).
Keadaan ini boleh terjadi pada seluruh permukaan tubuh atau hanya pada
bahagian-bahagian tertentu seperti pada tapak tangan, tapak kaki dan
ketiak. Masalah ini melanda 2.8 peratus dari populasi dan membabitkan
kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata.
Punca sebenar hiperhidrosis tidak diketahui dengan tepat, namun peluh diketahui dikawal oleh sistem saraf dikenali sebagai sympathetic. Secara umumnya, dalam keadaan biasa, hypothalamus iaitu bahagian otak yang mengawal fungsi berkaitan peluh menghantar isyarat kepada saraf peluh. Saraf ini sebahagian daripada sistem saraf sympathetic
yang terletak dalam rongga kaviti. Bagaimanapun, dalam kes
hiperhidrosis, kelenjar peluh tidak patuh pada isyarat yang dihantar.
Hiperhidrosis adalah suatu kelainan yang terjadi kerana aktiviti
kelenjar peluh yang berlebihan. Hiperhidrosis dapat bersifat primer atau
sekunder.
Hiperhidrosis Primer
Hiperhidrosis primer lebih banyak bersifat idiopatik atau tidak
diketahui sebabnya, namun pada beberapa keadaan, hal ini dapat
disebabkan oleh meningkatnya aktiviti saraf simpatis kerana stress. Sedangkan sebab lain di sebutkan kerana faktor genetik.
Hiperhidrosis Sekunder
Hiperhidrosis sekunder disebabkan kerana adanya penyakit yang mendasari
yang diderita pesakit atau kerana penggunaan ubat-ubatan. Berikut
beberapa contohnya:
- Trauma saraf tulang belakang
- Kematian saraf perifer
- Lesi atau tumor otak
- Monopause
- Penyakit infeksi
- Penyakit metabolik
- Penyakit jantung
- Ubat-Ubatan (propanolol, pilokarpin, golongan antidepresan trisiklik dan golongan Serotonin Reuptake Inhibitor (SSRI)).
Antara kemungkinan penyebab penyakit ini;
-Mengalami gangguan pada jantung, paru-paru, sesak nafas dan stress.
-Dikaitkan dengan 3 organ iaitu otak, jantung, dan organ reproduktif
-Alahan
-Gangguan emosi contohnya gelisah, marah, kebingungan, was-was, cemas, dll
-Faktor genetik
Kesan Palmar Hyperhidrosis:
-menyebabkan seseorang berasa terganggu dan tidak selesa.
-menjejaskan keyakinan diri dalam berinteraksi secara sosial (contoh:
menyebabkan si pesakit malu untuk berjabat tangan dengan orang lain)
-menyebabkan tekanan
-mengalami kesulitan mengoperasikan dan menggenggam alat-alat tertentu seperti pisau, pen atau memainkan alat muzik.
-mengakibatkan dehidrasi/kehilangan cairan tubuh.
Fakta penting mengenai hiperhidrosis:
- Hiperhidrosis dialami dua peratus golongan muda
- Kawasan setempat yang kerap mengalami peluh berlebihan ialah tangan, wajah, kaki dan bawah lengan
- Masalah ini terdedah kepada semua individu tidak mengira bangsa atau jantina
- Berpunca daripada sistem saraf simpatetik yang terlalu aktif
- Memberi kesan negatif dalam kehidupan seharian dan sosial penghidap
RAWATAN
Walaubagaimanapun penyakit ini boleh dirawat dengan beberapa cara rawatan MODEN seperti berikut antaranya :-
- Ubat topikal — termasuk antipeluh
- Iontophoresis — peranti bateri menyampaikan arus elektrik rendah kepada tangan, kaki atau bawah lengan
- Ubatan oral — termasuk ubat yang menghalang impuls saraf kelenjar peluh atau mengurangkan pengeluaran peluh. Ubat antikeresahan kadangkala ditetapkan
- Botoks — menyekat sementara blok saraf yang mencetuskan kelenjar peluh
- Pembedahan — biasanya dikhususkan untuk kes hiperhidrosis teruk selepas rawatan lain gagal
Untuk masalah ini saya syorkan BComplex Shaklee kerana ianya membantu mengawal STRESS.Selain itu,banyak lagi kebaikan-kebaikan B Complex.In Shaa Allah dapat membantu anda.
Anda Berminat ??
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Zainab Mat Rani
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot
Your Shaklee Independent Distributor
♥ Zainab Mat Rani
♥ SMS | WhatsApp : 017-3954394
♥ Shaklee ID : 956208
♥ FB Page : Znzabadistore blogspot
Anda BERMINAT NAK JADI AHLI SHAKLEE dan nikmati potongan hebat 15% - 20%?
NAK TAHU CARA DAFTAR DENGAN SHAKLEE
Mudah sahaja hanya klik di sini:
Saya Zainab Mat Rani merupakan Shaklee Independent Distributor anda ( ID 956208 ) diseluruh Malaysia.Saya bersedia memberikan anda khidmat nasihat secara percuma dan servis pelanggan terbaik untuk sahabat-sahabat semua serta anda semua yang berhajat untuk mencari supplement kesihatan yang sesuai buat diri sendiri,anak-anak,ibu,ayah dan saudara mara.
Saya juga bersedia membimbing sahabat-sahabat yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan menjanakan pendapatan bermula dari 3 angka hingga 5 atau 6 angka dengan Shaklee.
> Hubungi saya personally melalui telegram/we chat/whatsapp/ 017-3954394 untuk info lebih lanjut
>Jom follow saya di
FB : Zainab Mat Rani
Fan page : znzabadistore blogspot
Email: zulzai05@gmail.com