Tuesday, 14 October 2014

Indahnya Bersama Si Manja Setiap Masa

Sejak bergelar WAHM ( work at home mom) ni,setiap hari adalah hari yang bahagia buat saya.Yang lebih bahagiakan saya ialah dapat bersama Baby Syifa sepanjang masa.Seronoknya ibu yang bergelar suri rumah kerana dapat menghabiskan masa seharian dengan bayi.Kita akan lihat si manja membesar didepan mata dan perasaan itu sangat berharga buat ibu-ibu..Lebih-lebih lagi jika si manja sentiasa sihat dan ceria,ibu pun lebih gembira.

Banyak aktiviti yang saya lakukan sepanjang hari bersama si manja,memasak bersama,mandi bersama,kadang-kadang bawa kereta pun bersama..opsss..yang ni memang agak bahaya tetapi terpaksakan nak buat macam mana..hihi..kena hantar ambik anak sekolah,pergi COD ( delivery vitamin untuk customer ).

Haa..yang ni Syifa kat dapur..tengok ibu memasak sambil didukung
Kat taman di petang hari..boleh sedut udara segar..hihi

Okey,Kalau anda buntu apa lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama bayi sepanjang hari, berikut ada beberapa idea yang boleh diguna pakai. Selain seronok bermain bersama, aktiviti ini juga membantu merangsang perkembangan si manja.
Anda boleh cuba cara-cara dibawah :

 

♥ Membaca untuk bayi

Walaupun bayi anda masih belum tahu membaca, tetapi aktiviti ini boleh membuatkan dia duduk diam apatah lagi jika anda menggunakan buku bergambar penuh warna-warni dan membacakannya dalam nada yang bersemangat. Lakukan ia sebagai rutin dan ketika bayi anda dalam ‘mood’ yang baik.

 

♥ Bercerita, menyanyi dan menari

Ketika melakukan aktiviti ini, bayi anda pasti ketawa keseronokan. Ia membantu bayi membentuk kemahiran tatabahasanya. Keceriaan yang terhasil daripada aktiviti menyanyi dan menari pasti merangsang minda bayi menjadi anak yang positif dan ceria.

 

♥ Berbual dengan bayi

Percayalah si kecil biarpun masih dalam tempoh berpantang boleh diajak berbual. Jika anda rajin berbual dengan bayi sejak usia kecil, dia akan cepat belajar bercakap dengan bahasa yang betul tanpa pelat.

 

♥ Berguling

Aktiviti santai berguling di atas katil dengan si comel memang menyeronokkan. Dia pasti teruja dan ternanti-nanti melakukan aktiviti ini dengan papa dan mama. Berguling dan bergelak ketawa merangsang bayi anda membesar penuh kasih sayang.

 

♥ Mengurut bayi

Ia boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan. Seperti kita sedia maklum, urutan sememangnya baik untuk bayi. Tetapkan jadual urutan untuknya setiap hari. Urutan lebih elok dilakuan selepas waktu mandi. Buat urutan sambil berbual, bercerita dan menyanyi dengan bayi. Ia pasti aktiviti dinantikan oleh bayi.

Credit to : http://pama.karangkraf.com/mobile/bayi/perkembangan/mari-berseronok-anakku-1.324505

Semoga ikatan ibu dan anak akan lebih erat terjalin dan lebih bahagia..


Saya Zainab Mat Rani merupakan Shaklee Independent Distributor anda ( ID 956208 ) diseluruh Malaysia.Saya bersedia memberikan anda khidmat nasihat secara percuma dan servis pelanggan terbaik untuk sahabat-sahabat semua serta anda semua yang berhajat untuk mencari supplement kesihatan yang sesuai buat diri sendiri,anak-anak,ibu,ayah dan saudara mara. 
Saya juga bersedia membimbing sahabat-sahabat yang berminat untuk memulakan perniagaan online dan menjanakan pendapatan bermula dari 3 angka hingga 5 atau 6 angka dengan Shaklee. 
> Hubungi saya personally melalui telegram/we chat/whatsapp/ 017-3954394 untuk info lebih lanjut 
>Jom follow saya di FB : Zainab Mat Rani 
Fan page : znzabadistore blogspot 
Email: zulzai05@gmail.com