Thursday, 24 November 2016

Macaroni Mushroom Carbonara So Creamy

Assalamualaikum dan selamat tengah hari kawan kawan semua..Dah masak untuk makan tengah hari ke belum ?? Kejap lagi anak sekolah dah nak balik.Mesti diorang kelaparan kan.Itu anak laki saya lah ,yang selalu lapar sepanjang masa..hihihi

Kak Zai hari ni sebenarnya memang blur sangat tak tau nak masak apa.Apa apa pun anak wajib kena makan nasi lepas balik sekolah.Tapi tekak Kak Zai hari ni rasa macam tak nak makan nasi lak.

Apa lagi,zasss masuk dapur tengok stok apa yang ada dalam almari dapur tu.Ada macaroni,prego carbonara ..Okey ,ngam cantik.Idea dah datang..

Tak sampai 20 minit..Taraaa siap dah Macaroni Carbonara Mushroom Sangat Creamy



Syifa dah makan dulu..Budak budak suka sangat kalau carbonara ni sebab ianya tak pedas rasa lemak lemak gitu.Korang nak resipinya tak? Haa mesti ada yang nak kan..Biasa macam tu la..resipi please sis..hihii

Bahan bahan :
Macaroni 1paket - direbus siap siap bersama sedikit minyak masak ataupun marjerin dan Kak Zai letak garam secubit je

Untuk Sosnya :
A
1 tin Prego Carbonara Mushroom
1 biji Bawang Hoolan - dipotong dadu
3 ulas Bawang putih - Ketuk dan potong dadu
1 sudu kecil Serbuk Lada hitam (kalau nak pedas boleh tambah)
Tumis bahan A sekejap jangan sampai garing tau.
Masukkan daging hancur...tunggu sampai masak.
Masukkan sosej atau apa jenis lauk yang korang suka.Janji sedap
Tunggu lauk lauk masak baru masukkan sos prego.
Masukkan susu cair.Agak agak je nak creamy banyak mana hihi
Masukkan mushroom yang dipotong dadu.
Lada Banggala Hijau dan merah
Garam dan gula.
Cukup rasa Maggi

Dah siap.Ni resipi ikut sedap Kak Zai tau..Nak guna cara lain pun boleh..Tak kisah mana mana..Yang penting kena masak dengan ikhlas dan sebelum masak tu kena berselawat keatas Nabi kita😄In shaa Allah pasti jadi..

posted from Bloggeroid

Thursday, 17 November 2016

Resepi Ayam Goreng Berempah.Kami Makan Sampai licin ke tulang !!

Assalamualaikum..hai ibu ibu gojes semua..Saya tau korang mesti tengah pening nak masak apa untuk tengah hari nanti kan.Anak anak suka sangat makan ayam goreng.Tapi kalau setiap hari duk goreng ayam kunyit jemu pulak rasa betul tak?

Saya seorang WAHM (work at home mum) bukan surirumah semata mata tau.Maknanya saya buat bisnes dari rumah.Saya hanya buat bisnes Shaklee sambil sambil jaga suami dan anak anak.Sentiasa kena fikirkan apa menu untuk setiap masa.Kami sekeluarga jenis suka makan,tak kira apa jenis menu yang saya masak alhamdulillah anak anak dan suami suka.Opsss,membebel ke lain dah kenapa saya ni.

Okey,kembali pada tajuk ayam goreng tadi.Oleh kerana,menu wajib kami mesti ada ayam goreng,jadi saya kena tukar menu atau cara masakan ayam goreng tu.Resipi kali ni saya dapat dari sumber group telegram.Bila dah cuba sekali alhamdulillah memang sedap sangat.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam ~ potong kecil, bersih dan toskan
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar

1 inci halia
5 batang serai

1 sudu besar ketumbar(sangai/goreng tanpa minyak)
ditumbuk atau dikisar kering
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar/ditumbuk dan daun kari, lalu diperap.

2. Kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.Toskan dan Siap



Anda semua wajib mencuba tau..Moga keluarga kita semua diberkati dan dilindungi oleh Yang Maha Esa😘

posted from Bloggeroid

Wednesday, 16 November 2016

Set Vitamin Paling Best !!

Sebenarnya banyak je produk-produk Shaklee yang saya suka.Dari vitamin makan,set penjagaan muka,rambut,semuanya best sangat.

Antara banyak banyak produk,yang saya paling tak boleh tinggal ialah VIVIX,ESP,OSTEMATRIK,VITALEA,VITAMIN C,B COMPLEX,HERBAL BLEND.


Vivix : Antioksidan paling kuat,vivix mampu baiki sel2 badan hingga ke sel DNA.Antara best seller dan ramai pesakit kronik sudah berjaya sihat selepas amalkan vivix ni.




Saya kongsikan serba sikit kenapa best sangat vitamin yang makan ni.

ESP : Berikan tenaga, cantikkan kulit, bina sel baru yang sihat,ESP ialah sumber protein yang lengkap (Non GMO).

Vitamin C : Bagus untuk sistem imun tubuh, berikan tenaga, baik untuk gigi, atasi masalah kulit bermasalah dan jerawat, mencantikkan kulit.

VitaLea : Multivitamin untuk atasi masalah cepat letih, berikan kecergasan pada tubuh, sumber iron kepada ibu hamil.

B-Complex : Anti-stress, cantikkan kulit, atasi masalah keletihan, membantu aliran darah lebih lancar dalam tubuh.


OsteMatrix : Sumber kalsium lengkap untuk tubuh, atasi masalah sakit gigi, elak lenguh badan dan sakit belakang, atasi masalah sembelit.



Krim herbal blend : atasi masalah ruam, gigitan nyamuk serangga,tumit kaki pecah dan apa jua sapuan luar.

Ini hanya sebahagian fungsi je tau..sebenarnya banyak lagi fungsi dia yang best bantu badan lebih sihat dan cantik.

Yang penting, vitamin ini juga set untuk Ibu Hamil tau..Untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.

Jika berminat nak order vitamin ni.Boleh whatsapp no saya 017-3954394 (Pn Zai )
posted from Bloggeroid

Tuesday, 15 November 2016

Nutriwhite Shaklee Memang Awesome

Ramai yang masih tidak kenal dengan Nutriwhite ni.Mereka ingat Shaklee hanya ada vitamin kesihatan dan kecantikan semata mata.Maaf,silap tu ye akak-akak semua !!

Pada saya,antara banyak banyak produk kecantikan muka saya memang terpikat dengan Nutriwhite ni.Hanya sekali guna dah nampak perbezaannya.Semua daki kat muka dan leher keluar disapu licin keluar tanpa tinggalkan sikit pun daki.Dari pencucinya tonernya,krim siang dan malamnya,memang best sangat.



Untuk entri kali ini,saya nak ceritakan serba sedikit mengenai Nutriwhite supaya anda semua senang nak faham.

Bagaimana Nutriwhite bekerja untuk kulit wajah anda !!

1) MENGHALANG
     - kerosakan dari pancaran matahari..aktif melindungi kulit kesan sinar cahaya matahari UV

2) MENGURANGKAN
     - Pigmentasi dan kulit kusam dicegah bagi memberi impak kulit makin cerah dan tanpa cela

3) MENYEKAT
     - membantutkan kemunculan bintik2  hitam dan pigmentasi yg boleh menyebabkan masalah jeragat

4) MENCERAH
     - Penggunaan yg konsisten akan membuatkan kulit lebih cerah dan sekata

5) MEMPERBAHARUI
     - Mengeluarkan sel-sel kulit mati

Nak cantik..nak skincare selamat.yang penting ianya sangatlah Natural tau..NUTRIWHITE terbaik😊


Boleh hubungi Pn Zai 017-3954394

posted from Bloggeroid

Monday, 14 November 2016

Vitalea Welcome Back !!!

Seperti mana semua atau ramai yang dah tau betapa bestnya Vitalea ni.Memang banyak sangat khasiatnya,yelahkan dah namanya Vitamin Paling Tua didunia.

Mestilah vitamin terbaik..Orang duk cari duk amalkan sampailah sekarang.. Umur vitamin ni 100 tahun tau !!Haaa..Lamakan? 

Betapa lamanya vitamin tu bertahan begitu juga dengan syarikat shaklee. Bermakna betapa kukuhnya syarikat yang kami bekerja Sekarang. 



Antara khasiat  V I T A L E A 😍

✅ berikan tenaga 
✅ hilangkan letih lesu
✅ meningkatkan hemoglobin pada mereka yg ada masalah hb rendah.
✅ membantu kesuburan suami isteri.
✅ mengandungi kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh.

Yang mana belum berkesempatan untuk Cuba supplement shaklee ni boleh Cuba bermula dari Vitalea ni..Anda pasti akan teruja dengan keberkesanannya.

BEST SANGAT !!

Jika berminat boleh hubungi saya Pn Zai 017.395.4394 untuk dapatkan khidmat nasihat lebih lanjut.

posted from Bloggeroid

Kelebihan Garlic Complex sebagai Detox paling Mudah

Kajian saintifik menunjukkan bahawa bawang putih digunakan untuk menyucikan darah dan meneutralkan hasil toksik logam berat dalam tubuh kita, terutamanya merkuri dan kadmium. Penggunaan bawang putih juga berguna dalam rawatan hipoglisemia, gangguan usus dan pelbagai masalah kesihatan.


Walau bagaimanapun, tidak semua makanan tambahan bawang putih sama.. Kebanyakan kaedah pemprosesan bawang putih yang digunakan hari ini, termasuk serbuk bawang putih yang dihancurkan, kapsul minyak bawang putih dan sebagainya, mengurangkan atau menghapuskan kandungan allicin. Allicin adalah komponen utama aktif bawang putih dan diperlukan untuk banyak manfaat bawang putih.

Shaklee ada mengeluarkan produk berasaskan Bawang Putih iaitu Garlic Complex.Jom kita tengok apa istimewanya GARLIC COMPLEX ni.



Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik.

Kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex keluaran Shaklee adalah Garlic Complex diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan bebas 100% daripada penggunaan racun perosak.


Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada terkawal iaitu pada suhu bilik tanpa haba semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100%. ( tidak semua garlic yang dijual di pasaran mempunyai Allicin aktif. Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat, dan mempunyai sifat penyembuh.)



Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia


👉Mengurangkan pemendapan arteroklerosis dan lemak
👉Menormalkan keseimbangan lipoprotein
👉Menurunkan tekanan darah
👉Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
👉Berfungsi sebagai anti-oksidan
👉Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
👉Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
👉Bantu rawat asthma

*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih. 

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.  


HARGA sangat MURAH jika nak dibandingkan dengan kualiti Dan keberkesanan produk.

1 botol Garlic Complex Shaklee mengandungi 60 biji

Harga runcit: RM47.50 (tidak termasuk kos penghantaran)

(PM untuk dapatkan konsultasi dan harga istimewa)


BERMINAT??

Wassap Pn Zai segera 017-3954394
posted from Bloggeroid

Thursday, 26 May 2016

Berpuasalah Dengan Lebih Sihat Tanpa Lemah Longlai

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera,

Ya Allah..Ramadhan semakin hampirrr .. Tak sampai 2 minggu lagi kita nak sambut bulan yang penuh barokah.Tak Sabarnya nak kumpul pahala yang banyak dibulan RAMADHAN nanti..Moga Kita semua diberi kesihatan yang baik Dan dipanjangkan umur Dan dapat melakukan ibadah dengan lebih tawadduk.

Masalah disini sudahkah anda anda semua bersedia untuk berpuasa dari segi fizikal Dan rohani?Saya pasti Ramai yang risau sebab kalau puasa je mesti akan timbul masalah Gastrik,lesu,lemah, tak larat nak buat kerja.

Untuk masalah fizikal in shaa Allah,saya akan cuba bantu anda untuk lebih Sihat Dan bertenaga sepanjang Berpuasa nanti..Elakkan dari masalah buruk berlaku jika tak pandai jaga makan dengan betul


Aduiilah penatnya !!


Kebiasaannya,bila kita Berpuasa, badan kita akan kekurangan air Dan boleh menyebabkan badan jadi cepat penat Dan tidak bermaya.Sebab itulah semasa berbuka atau sahur kita digalakkan meminum air masak dengan secukupnya.Untuk itu saya sangat menyarànkan Supaya kita mengambil beberapa supplement untuk membantu badan lebih Sihat dan cergas.

Kenapa anda perlukan semua ini?


( SET RAMADHAN LEBIH SIHAT DAN BERTENAGA )


PERFORMANCE DRINKS

✌️Ianya adalah sejenis minuman rasa seperti oren yang lazat. Membantu mengawal bendalir dalam badan supaya badan tidak mudah dehidrat, dan berupaya mengurangkan dahaga di siang hari.
✌️Mengandungi elektrolit-elektrolit yang akan memberikan lebih tenaga kepada sesiapa yang meminumnya.

MEALSHAKE
✌️Mengandungi 24 vitamin dan mineral lengkap untuk memberikan tenaga yang lebih di siang hari dan mengelakkan kelesuan akibat kekurangan vitamin dalam badan.
✌Rasanya yang sangat enak seperti aiskrim memberikan aroma baru pada yang mengamalkannya.

ENERGIZING SOY PROTEIN

✌memberikan rasa kenyang lebih lama semasa berpuasa dengan kandungan protein yang semulajadi tanpa bahan pengawet, perisa dan pewarna yang tidak dibsenarkan. Pastinya sahur yang hebat dengan mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan.




SET RAMADHAN ON THE GO! pilihan keluarga masakini🌟

Set RAMADHAN ini boleh diminum semasa atau selepas berbuka puasa Dan bersahur.Ketika Berpuasa tambahan Pula musim panas sekarangcini,kita perlu memastikan bekalan tenaga adalah lebih Dan mencukupi untuk menempuh siang hari yang panjang sebelum berbuka puasa.

ANDA nak pilih semua atau salah satu pun boleh..yang pasti kena Dapatkan consultant dari saya dulu ye untuk best result hokey !!

Sedikit tambahan info ye, walaupun kita mungkin telah mengambil  makanan yang dirasakan sesuai, boleh jadi kita masih sakit dan tidak segar kerana sebab-sebab di atas. Supplement juga merupakan makanan tambahan, bukan bertindak sebagai pengganti. Supplement berfungsi menambah nutrisi yang diperlukan dan bukan satu-satunya tempat pergantungan untuk mendapatkan nutrisi.

Sebarang pertanyaan dan order boleh hubungi saya Pn Zai 017.395.4394